suria

Tengok orang selekeh ke mall, jangan terus ‘judge’! Makin ramai anggap pusat beli belah macam kedai runcit, tak perlu bergaya

Berpenampilan ringkas ketika keluar rumah sudah memadai. -Gambar hiasan

TANPA kita disedari, semakin banyak pusat beli-belah dibina di negara ini, ibarat 'cendawan tumbuh selepas hujan'.

Selain peningkatan yang mendadak itu, sebahagian daripadanya juga didirikan berdekatan dengan kawasan perumahan.

Malah percaya atau tidak, sudah banyak unit kediaman yang 'berjiran' dengan pusat beli-belah, buka pintu rumah terus nampak 'mall'.

Orang ramai tertarik dengan jualan murah di pusat beli-belah. -Gambar hiasan

Disebabkan faktor lokasi yang begitu dekat, maka tidak hairanlah ada pengunjung hanya berpakaian ringkas atau 'biasa-biasa' apabila berkunjung ke pusat beli-belah.

"Kalau nampak orang selekeh pergi pusat beli-belah tu maksudnya mall tu dekat dengan rumah dia, jangan judge," kata seorang pelayar menerusi satu hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kecewa ‘mall’ di kawasan elit hilang simbol mewah, risau jadi ‘port’ B40 - “Mula nampak kereta Proton, Perodua kat sini”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus dedah pengunjung jadikan mall ‘rumah kedua’! Datang pagi balik malam... OKU, warga emas dihantar keluarga untuk healing

Keadaan itu sekali gus mengubah corak pemikiran masyarakat yang selama ini mempunyai persepsi perlu berpakaian kemas, segak atau anggun untuk ke pusat beli-belah.

Sebaliknya, zaman dan gaya hidup kini sudah berubah yang mana individu berpakaian lusuh dan berselipar juga tidak perlu berasa segan untuk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan di gedung itu.

Berbelanja untuk mendapatkan barang yang dihajati. -Gambar hiasan

Hantaran pelayar itu tular sehingga dikongsi menerusi pelbagai platform media sosial.

Apa yang pasti, rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangannya, malah berkongsi mengenai pengalaman masing-masing.

Aku pernah pergi mall pakai kain pelikat macam pakcik baru balik masjid.

WARGA MAYA

Ada dalam kalangan mereka yang melihat fungsi pusat beli-belah tak ubah seperti kedai runcit untuk membeli barang dapur atau barangan keperluan untuk kegunaan di rumah.

"Mall kat bawah rumah je. Kadang tu turun pakai baju biasa je, lepas tu pakai selipar sebab nak beli barang runcit je.

"Aku pernah pakai baju kelawar je masuk mall. Orang pandang semacam padahal dekat dengan rumah.

Segelintir pengunjung mempunyai tujuan khusus di pusat beli-belah. -Gambar hiasan

"Sebab mall tiga minit je dari rumah. Biasa nak beli barang dekat satu kedai tu memang turun pakai baju biasa dengan selipar je.

"Ye sangat! Pergi mall pakai tudung sarung dan jubah. Orang lain mesti fikir mak siapa ni, mesti baru lepas ambil anak balik dari sekolah agama.

"Aku pernah pergi mall pakai kain pelikat macam pakcik baru balik masjid," demikian antara komen warga maya.

Pada masa sama, tidak terkecuali ada yang menceritakan pengalaman mereka yang terpaksa berpakaian selekeh ke pusat beli-belah dalam situasi yang tidak dijangka.

"Saya pernah pergi Mid Valley pakai selekeh. Rumah dengan mall jarak 30 kilometer. Kena scam (tipu) dengan ayat mak ayah 'pergi dekat-dekat je'. Sejak itu, saya keluar tak pernah selekeh, sekurang-kurangnya pakai seluar jeans," kata seorang warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

-

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain