suria

Ibu sentap tak dapat ke Cameron Highlands! Anak enggan bawa sebab nak ‘angkut’ 4 cucu kesayangan, satu hal pula kena jaga budak

Seorang wanila meluah rasa terkilan dengan keluarga mentua. -Gambar hiasan

SETIAP anak pasti mempunyai cara tersendiri untuk membahagiakan kedua-dua orang tua mereka.

Begitulah juga wanita ini dan suami yang merancang untuk membawa ibu bapa mentuanya bercuti ke Cameron Highlands.

Namun perancangan pasangan ini terbantut dan akhirnya terpaksa dibatalkan gara-gara ibu bapa mentua ingin membawa sekali empat cucunya yang lain.

"Saja konon nak bawa mereka (ibu bapa mentua) sebab tak pernah jalan-jalan jauh. Bajet tak ada la besar mana pun. Sekadar nak membahagiakan orang tua.

Seorang wanita mendedahkan sikap adik iparnya. -Gambar hiasan

"Setakat makan mereka berdua tu boleh je. Tapi saya terpaksa batalkan dan pergi dengan famili kecil saya je.

"Antara sebab saya tak jadi ajak ialah mentua nak bawa cucu kesayangan dia seramai empat orang. Anak saya dua orang je," ujarnya dalam perkongsian itu.

Menurut pengadu, kereta jenis Perodua Alza miliknya sememangnya boleh memuatkan 10 penumpang iaitu keluarga kecilnya seramai empat orang, ibu bapa mentua dan empat lagi anak saudara.

Bagaimanapun, apa yang menjadi masalah bagi dia dan suami adalah, mereka perlu menjaga empat anak saudara yang masing-masing berumur empat, lima, enam dan 10 tahun kerana ibu bapa mereka yang juga adik iparnya tidak mahu turut serta.

ARTIKEL BERKAITAN: Rombongan meminang hantar 70 dulang hantaran, perjanjian hanya 9 berbalas 11... Penuh rumah famili perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Rombongan meminang meluat tuan rumah cerita harta pusaka... Label orang Kedah suka cakap kuat, sembang tak nak kalah

"Lepas tu saya kena batalkan rancangan ke Cameron Highlands. Saya cakap pergi Kuala Lumpur sebab ada kerja dan tak ajak pun mentua. Mentua saya macam sedih tak dapat pergi Cameron Highlands.

"Tak cakap dengan kami suami isteri. Suami cakap terus, kami nak bawa mak je. Kami tak nak mengasuh anak orang lain nanti jadi apa-apa masalah seperti hilang atau jatuh ke sebab nak pergi jauh.

Lain kali nak bercuti bawa suami dan anak-anak je.

NETIZEN

"Mana sempat nak kawal semua. Cucu kecil-kecil lagi termasuk anak saya dan anak kepada adik ipar. Anak saya berusia empat dan tiga tahun. Tak sempat nak kawal semua," jelasnya.

Konflik yang timbul dalam keluarganya ini ternyata mendapat pelbagai komen dan pandangan selepas dikongsikan dalam grup Masalah Rumah Tangga di Facebook.

Rata-ratanya memberikan pendapat mereka termasuklah kepentingan komunikasi dalam keluarga untuk menyelesaikan masalah.

Komen netizen di Facebook.

"Betul la tindakan awak. Apa la kita nak pergi bercuti tak pasal-pasal kena mengasuh budak pula. Jadi apa-apa kita pula yang kena.

"Setuju cara awak. Menyampah jenis ada cucu kesayangan ni. Membeza-bezakan cucu. Padahal sama je, zuriat anak mereka juga.

"Lain kali nak bercuti bawa suami dan anak-anak je. Tak payah bawa sesiapa. Bukan apa, payah nanti nak kirim anak mereka sekali. Baik dengan famili kecil je. Bajet besar atau kecil, puas hati," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan