suria

Individu lain guna alamat, tuan rumah rimas terima banyak bil tertunggak! Pemilik surat marah dihubungi, suruh abaikan saja

Pemilik kediaman rimas apabila menerima surat atas nama orang lain. -Gambar hiasan

PENGANTAR kurier tersalah hantar surat mahupun barangan adalah perkara biasa, namun jika terlau kerap surat atas nama individu lain dihantar ke rumah kita, pasti menimbulkan rasa rimas.

Begitulah situasi yang dialami seorang pemilik kediaman apabila alamat rumahnya digunakan oleh individu lain.

"Kesnya begini, surat sampai disebabkan bil telefon tertunggak. Ini beberapa tahun lepas. Mula-mula kami ignore (abaikan). Masih husnuzon mungkin owner (pemilik) tersalah alamat, salah tulis, alamat hampir-hampir atau salah key in (masukkan) alamat.

Selepas menerima bil tunggakan telefon, pemilik kediaman menerima surat tunggakan bayaran kereta atas nama individu lain. - Gambar hiasan

Selain bil tunggakan telefon, pemilik kediaman turut menerima surat tunggakan ansuran bulanan kereta atas nama individu sama. -Gambar hiasan

"Lama-lama jadi rimas. Akhirnya saya call (hubungi) nombor pemilik surat berdasarkan nombor dalam bil tersebut. Dimarahnya kita. Katanya dah kalau surat salah alamat, awak abaikan je la," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Individu itu memaklumkan selepas kejadian berkenaan, surat berkaitan bil telefon tertunggak tidak sampai lagi ke rumahnya.

Namun, masalah itu tidak berakhir sebaliknya surat lain pula sampai ke rumahnya dan masih atas nama individu yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang kurier membebel kerenah customer COD... Ada 3 kategori, yang ketiga level ‘puaka’!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak periksa alamat, pemandu e-hailing lalu kawasan kubur! Penumpang beritahu rumahnya ‘dalam situ’, tak boleh suka-suka masuk

"Baru-baru ini beliau beli kereta, masih sama surat sampai ke rumah. Hari ni surat tunggakkan bayaran bulanan kereta sampai. Kereta tak bayar pula.

"Dah hubungi bank, tetapi bank cakap tak boleh semak disebabkan bukan pemilik yang hubungi. Maklumat peribadi tak boleh dedahkan," katanya.

Reaksi warga maya

Reaksi warga maya

Di ruangan komen, warga maya meminta individu berkenaan mengabaikan sahaja surat-surat berkenaan. Jika kereta ingin ditarik sekali pun, keretanya tidak ada kaitan dengan surat berkenaan.

Bagaimanapun, individu itu masih berasa bimbang kerana ibunya tinggal berseorangan dan tidak dapat menangani masalah berkenaan seandainya penarik kereta datang ke rumahnya.

Dimarahnya kita. Katanya dah kalau surat salah alamat, awak abaikan sajalah.

PEMILIK KEDIAMAN

"Mak saya tinggal seorang di rumah. Saya tak nak orang datang ke rumah mak nanti bertanya pasal kereta. Mak saya dah tua. Sejenis cepat nervous, gementar bila orang datang tanya hal-hal yang begini," katanya.

Terdapat juga warga maya mencadangkan individu itu ke pejabat pos dan memaklumkan penama pada surat berkenaan tersalah alamat atau telah berpindah.

Tindakan akan diambil selepas itu dengan surat atas penama berkenaan tidak akan lagi dihantar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain