suria

Suami merungut ada wanita tak dikenali minta belanja makan, tak sangka pula isteri sendiri - “Akulah 'kakak' yang suruh dia bayar”

Menjaga bayi baru lahir memerlukan kesabaran pasangan suami isteri. -Gambar hiasan

KEDIAMAN sesebuah keluarga pastinya riuh rendah apabila mempunyai kanak-kanak di dalamnya.

Namun ada kalanya keletah si manja akan menguji mental dan fizikal ibu bapa sehingga ada yang keletihan kerana sibuk mengurus keluarga tidak mendapat tidur yang tidak mencukupi.

Melalui fasa yang sama, seorang wanita berkongsi pengalaman pahit manisnya bersama suami ketika menjaga anak kecil.

Menerusi hantaran di laman X, dia yang menggunakan akaun @Malisa berkata, keletihan yang dialami menyebabkan dia dan suami memilih untuk membungkus makanan bagi mengisi perut yang lapar.

Ramai pasangan mengimpikan cahaya mata. -Gambar hiasan

Ramai pasangan mengimpikan cahaya mata. -Gambar hiasan

"Tadi pergi kedai dengan suami, dia beratur. Aku pun mencelah dari belakang dan letak makanan aku.

"Kemudian suami masuk kereta dan mengomel cakap ada seorang kakak selamba suruh bayarkan makanan yang dia ambil," luahnya.

Menurut Malisa, setibanya di rumah, dia mendapati makanan yang diletakkan di kaunter untuk dibayar oleh suaminya tiada di dalam plastik yang dibawa balik.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri teringin nak gigit tayar, bagi alasan mengidam... Suami tak cakap banyak, segera bawa ke bengkel - “Nasib baik tauke faham”

ARTIKEL BERKAITAN: Demi isteri mengidam, suami ketuk rumah penjual ketupat palas tengah malam... Syukur peniaga sedekah, seolah-olah tahu ‘belum gaji’

Ketika itulah dia menyedari bahawa 'kakak' yang diceritakan oleh suaminya semasa di dalam kereta tadi adalah dirinya sendiri.

"Sampai rumah aku tengok makanan aku tak ada dalam plastik. Akulah 'kakak' yang suruh dia bayar," tambahnya lagi.

Meskipun tergamam dengan tindakan suaminya itu, namun Malisa sedar kekeliruan itu berpunca daripada sikapnya sendiri yang tiba-tiba menerjah suaminya yang sedar beratur dari belakang dan terus bergerak ke kereta.

Ni kelakar sebenarnya... tak cukup tidur semasa fasa bayi baru lahir memang meletihkan.

WARGA MAYA

Disebabkan berlaku dengan pantas, si suami tidak menyedari bahawa 'kakak' yang meminta untuk makanannya dibayarkan adalah isterinya sendiri.

"Aku datang dari belakang dan terus berlalu masuk kereta... dia tak perasan itu aku," jelasnya.

Pada masa sama, dia beranggapan situasi itu berlaku disebabkan dia dan suami keletihan kerana tidak cukup tidur gara-gara menjaga anak.

Kebanyakan warga maya terhibur dengan perkongsian Malisa.

Kebanyakan warga maya terhibur dengan perkongsian Malisa.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa simpati.

Bagaimanapun, ramai yang meninggalkan emoji ketawa dan menganggap situasi yang berlaku mencuit hati.

"Apa reaksi suami tu selepas tahu 'kakak' tu adalah isteri dia?

"Ni kelakar sebenarnya... tak cukup tidur semasa fasa bayi baru lahir memang meletihkan.

"Suami dia tak belikan makanan sebab ingat akak mana yang suruh dia bayar, end up dia tak bayar... jadi makanan isteri dia tak ada," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain