suria

Tak pakai helmet di stesen minyak, individu tak puas hati polis keluarkan saman! Ramai syak ada sebab lain

Undang-undang jalan raya perlu dipatuhi tanpa kompromi. -Gambar hiasan

PERATURAN lalu lintas dikuatkuasakan bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.

Namun, segelintir pengguna dilihat keras kepala dan cenderung melanggar undang-undang ditetapkan untuk kepentingan bersama.

Melalui satu perkongsian di laman Facebook, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak berkuasa kerana mengeluarkan saman ke atas dirinya untuk kesalahan yang didakwa tidak munasabah.

Banyak bahaya yang menanti ketika di lebuh raya. -Gambar hiasan

Menurut individu itu, sebelum disaman, dia berada di stesen minyak berhampiran kawasan perumahannya dan kemudian dihampiri anggota penguatkuasa.

"Saya disaman kerana tidak memakai topi keledar, tapi ketika itu saya bukan di atas jalan raya. Saya sedang di stesen minyak yang berada di dalam taman perumahan.

"Apabila anggota tersebut beritahu dia mahu saman saya atas kesalahan tak memakai topi keledar, saya terus beritahu yang saya tengah isi minyak, sepatutnya saya tak perlu pakai topi keledar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh mat salih dari UK kena saman, polis didakwa beri 2 pilihan cara bayaran... Pergi balai atau ‘duit tepi’

ARTIKEL BERKAITAN: “Dik, kau memang beradab” - Aksi remaja salam cium tangan selepas kena saman polis trafik cuit hati netizen

"Tapi akhirnya saya tetap disaman, boleh ke polis buat begini?" soal individu itu meminta kepastian warganet.

Menjengah ke ruangan komen, sesetengah pelayar dilihat memihak kepada individu tersebut walaupun tidak mengetahui kisah sebenar.

"Sepatutnya polis tak boleh saman kerana ketika itu awak sedang mengisi minyak motor, bukan menunggang motosikal di atas jalan raya.

Polis trafik tu dah perhatikan dulu gerak-geri awak sebelum bagi saman, dia nampak awak tak pakai topi keledar dari mula keluar rumah.

WARGA MAYA

"Kalau polis saman, logiknya setiap pekerja dekat stesen minyak tu kena pakai topi keledar jugalah kan, baru adil," ujar seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, warga maya lain memberikan hujah dari perspektif yang lebih matang mengenai topik dibincangkan.

"Saya yakin sebelum polis trafik tu bagi saman, mesti dia dah perhatikan dulu gerak geri awak, dia nampak awak tak pakai topi keledar dari mula keluar rumah. Tak kisah la kalau jarak dekat sekali pun, salah tetap salah.

Pelayar bertukar pandangan.

"Anggota tu pun akan 'usya' motosikal awak, entah-entah tak nampak langsung yang awak bawa topi keledar. Awak boleh guna alasan polis tak patut saman, sebab kononnya ketika itu awak tengah berhenti isi minyak.

"Tapi dengan satu syarat, waktu pergi dan pulang dari stesen minyak, awak kena tolak motosikal, jangan gatal-gatal nak tunggang pula.

"Sekali awak tunggang motosikal tu, auto jadi kesalahan lalu lintas, hatta rumah hanya sejengkal dari stesen minyak. Ingat polis ni semudah itu ke awak nak game," demikian kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain