suria

Usahawan terkedu bakal staf jerkah isteri! Terus kantoi jenis ‘biawak hidup’, berang bini gigih tolong carikan kerja

Seorang isteri membantu suaminya yang pemalas mendapatkan pekerjaan. -Gambar hiasan

BUKAN mudah untuk mendapat pekerjaan pada masa sekarang, maka tidak hairanlah pelbagai cara dilakukan setiap individu untuk mencari sumber pendapatan tetap.

Namun lain pula kisah seorang lelaki, sebagaimana yang diceritakan oleh ahli perniagaan dan usahawan wanita yang sedang mencari pekerja baharu untuk bekerja di syarikatnya.

Menurutnya, dia menerima panggilan telefon daripada seorang wanita lain yang sedang mencari pekerjaan untuk suaminya.

"Suruh datang temu duga, rupanya (si suami) dah pernah datang sebelum ini. Jadi, okaylah kira boleh terus masuk kerja.

"Saya bertanya, boleh masuk segera ke? Si isteri jawab Boleh, boleh," katanya yang mengimbas kembali perbualan tersebut menerusi satu hantaran di laman sosial.

Calon-calon hadir untuk sesi temu duga. -Gambar hiasan

Tanpa mendedahkan jawatan yang dipohon, dia pada mulanya hendak bertanyakan kepada wanita itu mengapa suaminya tidak membuat panggilan atau bercakap sendiri.

Namun belum sempat bertanya menerusi, dia terdengar suara suami wanita berkenaan sehingga mencetuskan tanda-tanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terlantar sakit curang dalam wad hospital, main cinta dengan bini pesakit katil sebelah... Lepas sihat terus cerai isteri!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah jadi baik semacam lepas balik ‘company trip’, persoalan terjawab lepas pengirim misteri hantar video

"Tak sempat tanya, terdengar suami dia cakap Tak nak, tak nak! Aku dah pelik, jadi aku tanya lagi, Macam mana ni, nak kerja ke tak nak?

"Si isteri jawab Nak, nak, boleh masuk secepat mungkin. Selepas itu dengar suaminya seperti menjerkah kepada isterinya, Aku cakap tak nak, tak naklah!

"Aku terus cakap okay, okay, tak nak tak apalah. Terus matikan perbualan, sebab dengar macam agak bising latar belakang. Takut pula aku terlibat dengan pergaduhan mereka," ujarnya.

Si suami enggan menerima tawaran kerja. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut katanya, dia sebenarnya tiada masalah sekiranya suami wanita itu enggan bekerja namun mempersoalkan tindakan menengking isterinya.

"Tak nak kerja, tak apalah. Tapi boleh pula suami dia jerkah kuat-kuat kat isteri yang sedang buat panggilan telefon.

Lelaki yang tak suka bekerja, atau kejap-kejap tukar kerja adalah red flag sangat.

WARGA MAYA

"Sampai aku rasa macam dia jerkah aku pun ada juga. Respeklah bini kau tengah cari kerja untuk kau weh! Suara isteri tu memang bersungguh-sungguh nak suami dia kerja," tambahnya.

Masih terngiang-ngiang jeritan lelaki itu, jauh di sudut hati dia amat bersimpati terhadap isterinya yang bersungguh-sungguh mencarikannya kerja.

Wanita itu terkejut dengan apa yang berlaku. -Gambar hiasan

"Kasihan isteri. Saya percaya ini jenis biawak hidup yang mengharapkan bini buat serba-serbi dan hidup pun dengan duit isteri.

"Rupanya dia dah telefon suami aku dua, tiga kali sebelum dia telefon aku. Tapi suami tak angkat sebab sedang memandu. Punya la berusaha isteri tu nak suruh suami dia kerja.

"Semoga yang baik-baik untuk isteri dia. Sampai sekarang terngiang-ngiang yang suami dia jerkah tadi," luahnya lagi.

Di ruangan komen, punca suami kepada wanita yang membuat panggilan telefon itu enggan bekerja terus menjadi tanda-tanya dengan rata-rata warga maya turut bersimpati dengan si isteri.

"Lelaki tidak bertanggungjawab. Kenapalah dia boleh bersama dengan laki begini?

"Lelaki yang tak suka bekerja, atau kejap-kejap tukar kerja adalah red flag sangat. Memang sejenis malas bekerja," komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain