CARA sesuatu produk itu dihias atau dipersembahkan sering menjadi penentu utama dalam menarik perhatian pelanggan terutama dalam industri makanan. Bagaimanapun, seorang wanita berdepan pengalaman mengecewakan dan dalam masa sama berasa geli hati melihat kek yang ditempah untuk satu majlis di pejabatnya. Menurut Nurul Syuhada Jamro, dia telah membuat pesanan khusus dari segi hiasan dikehendaki ketika menempah kek tersebut namun apa yang diterima adalah jauh dari jangkaan. "Sebelum ini saya ada tempah dan sponsor kek untuk pejabat. Saya buat permintaan macam ni (rujuk gambar pertama). Sekali dapat macam ni pula (rujuk gambar kedua). Dekorasi belon dicucuk pada kek. "Kalau nak berniaga, jual la betul-betul. Harga kek RM300 macam tu la. Tak ingat sebab memang isi kandungan semua keju ke macam mana entah dekat Shah Alam ni. "Jangan aniaya orang lain. Saya pun berniaga juga," ujarnya dalam satu hantaran di Facebook. Sebagaimana dikongsikan, dapat dilihat kek yang diterima tidak sekemas dan secantik seperti yang ditempah sebelum ini daripada peniaga lain. Syuhada yang dipercayai bekerja di sebuah bank berpandangan, hiasan dan dekorasi kek tersebut seharusnya cantik dan kemas seiring dengan kesedapannya. ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan hari lahir sumandak Sabah tak menjadi, ramai terlopong tengok ‘art berat’ penjual - “Macam kek Halloween” ARTIKEL BERKAITAN: Pelik 2 kali kejadian kek baru bakar tiba-tiba basi, berlendir! Peniaga dedah ada bau busuk masa buat dekorasi "Rasa kek dia sedap la tapi rupa tu... Kan bagus rupa elok dan sedap sekali gus. Pertama orang pandang rupa. "Macam lelaki, rupa perempuan yang dipandang dulu. Hati nombor dua, tak macam tu? Rasanya sedap, premium keju. Bahan kek memang mahal tapi bab hiasan 'out'. "Saya ni budak seni. Seiring sedap dan lawa macam tu la. Kita memang nak benda cantik. Tipu la tak nak cantik," katanya lagi. Melihat dekorasi belon plastik yang dicucuk pada kek, Syuhada nampaknya perlu meningkatkan tahap kesabarannya. Zalimnya cara dia cucuk belon dekat situ. NETIZEN "Yang cucuk-cucuk tu... dia lupa. Dia ingatkan saya ni kanak-kanak. Nak gembira bila dapat belon. "Ni kek saya nak bagi acara korporat tau," katanya. Pengalaman Syuhada itu ternyata meraih pelbagai reaksi warganet. Ramai memahami apa yang cuba disampaikannya mengenai kek tersebut. Komen netizen di Facebook. Mereka berpandangan, walaupun rasa kek tersebut enak, penampilan yang kurang memuaskan telah mencacatkan keseluruhan pengalaman. "Zalimnya cara dia cucuk belon dekat situ. Tak ada hati perut punya orang. Malunya nak bawa kek macam ni pergi ofis. "Saya pun ada kawan buat kek sedap tapi dekorasi sangat teruk. Tak tahu nak tegur macam mana sebab kadang rasa perlu nak promosi kek dia cuma tak sampai hati kat orang lain," ujar beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube