suria

Wanita bahagia dengan suami tapi asyik terkenang cinta lama! Pergi berubat, perawat dakwa dibomoh famili ex-BF

Jangan sampai pasangan hilang kepercayaan gara-gara terlalu ikutkan emosi. -Gambar hiasan

SEHARUSNYA apabila sudah berumah tangga, baik wanita mahupun lelaki 'wajib' melupakan bekas kekasih agar dapat menjalani kehidupan harmoni dan diberkati dengan pasangan baharu yang sah.

Bak kata pepatah 'barang yang lepas jangan dikenang', meratapi atau teringat-ingat kegagalan cinta silam tidak akan memberi apa-apa faedah kepada diri.

Menerusi perkongsian seorang individu di laman Facebook, dia bercerita tentang rakannya yang masih memikirkan bekas teman lelakinya walaupun kedua-dua mereka sudah berkahwin.

Buat apa berkahwin jika hati masih terikat pada kekasih lama. Foto: Gambar Hiasan

Buat apa berkahwin jika hati masih terikat pada kekasih lama. -Gambar hiasan

“Kawan saya ni dia ada masalah. Dia (rakan) dah berkahwin kadang-kadang dia teringat dekat ex-BF dia.

"Kali terakhir mereka berjumpa 2017 macam tu sebelum berkahwin," tulisnya.

Bagaimanapun dia berkata, rakannya itu kini hidup bahagia dengan suaminya cuma masalah timbul apabila kadang kala dia teringat-ingat kepada bekas teman lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak lupa, makin rindu” - Wanita gilakan officemate dah kahwin, suruh tidur kat surau pun feeling ‘caring’... suami sendiri tak macam tu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Silap besar terima hadiah kucing, sekarang asyik teringat ex-BF! Kalau rindu cepat-cepat peluk si bulus, nak buang memang tak sanggup

"Dia bukan tak bahagia dengan suami dia, kadang-kadang fikiran tu selalu teringat dan lagi satu saya ada bawa dia berubat, perubat tu kata famili ex-BF ada 'buat' supaya kawan saya bercerai dengan suami dia.

"Dan ex-BF dia pun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Sekian itu sahaja, jangan kecam ya," katanya.

Dia sudah berkahwin tapi kadang-kadang teringat pada ex BF.

RAKAN

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata memberi nasihat supaya wanita itu terus melupakan bekas teman lelaki.

"Minta pada Allah pudarkan ingatan kat ex. Kawan kau mesti suka bandingkan husband dengan ex sebab tu asyik ingat kat ex je. Jangan tamak nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran baru la kawan kau nangis tak berlagu.

"Sendiri tak boleh kawal perasaan lepas tu tuduh ex pula macam-macam. Entah ex tu dah bahagia pun. Move on je sis. Ex sis dah bahagia dan tak nak dekat sis pun. Jaga yang depan mata tu baik-baik," demikian antara nasihat warga maya.

Namun, tidak kurang juga yang mendakwa individu itu sebenarnya berkongsi tentang kisah dirinya sendiri.

“Jangan terperangkap dengan masa lalu. Jaga diri okay.

“Cerita sendiri ke..haha..jaga je laki sendiri.

“Tujuan post minta komen yang macam mana, murni je ke nak minta pendapat untuk awak eh kawan awak tu kahwin dua?” antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain