suria

Ejen pening klien minta ganti rugi, tak puas hati rumah dibeli banyak cacat cela... Masa dapat kunci tak pula merungut apa-apa

Ejen hartanah perlu berdepan dengan pelbagai karenah klien ketika mengendalikan urusan jual beli rumah. -Gambar hiasan (kanan)

SUDAH banyak perkongsian dibuat di media sosial mengenai pengalaman buruk pembeli ketika proses membeli kediaman.

Antara masalah yang dihadapi termasuklah kawasan yang tidak sesuai, terpaksa melabur wang untuk menampung kos tersembunyi dan sebagainya.

Satu lagi masalah paling popular yang dihadapi oleh kebanyakan pembeli adalah rumah baharu mereka mempunyai pelbagai masalah seperti kebocoran, struktur yang tidak stabil, keretakan dinding serta mempunyai banyak cacat cela yang ketara.

Seorang perunding hartanah, Sufi Norman, turut berkongsi pengalamannya mengendalikan kes seorang klien yang mahu membuat tuntutan kerana tidak berpuas hati dengan keadaan rumah yang dibeli.

RUMAH 3

Antara kerosakan yang diadukan oleh klien. -Foto FB Sufi Norman

"Nak dijadikan kisah, masa serah kunci, pembeli tak ada pula beritahu yang dia tak puas hati.

"Tahu-tahu, tup tup sampai quotation pada owner direct untuk minta ganti rugi.

"Bila malam ni jumpa baru tahu, pembeli tak dapat informasi penuh masa tengok rumah.

"Masa pembeli duduk, tak dapat tengok dalam bilik. Saya pula tak dapat hadir sebab luar kawasan," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ejen rumah sewa tak beragak kaut untung! Wanita lega dapat jimat banyak lepas jumpa ‘owner’, dedah caj tersembunyi

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh bulan tak berpenghuni, ejen hartanah lelong terkejut jumpa 2 sejadah terbentang hadap kiblat - “Balik rumah saya termenung”

Tambah ejen hartanah tersebut, selain melihat dengan teliti kediaman yang mahu dibeli, adalah penting untuk pembeli memahami setiap terma yang termaktub sebelum bersetuju meneruskan urusan jual beli.

Ujarnya, tindakan ini perlu untuk mengelak kes-kes berbangkit sebagaimana situasi yang dihadapi oleh kliennya itu.

Kawan saya pernah berdepan dengan situasi hampir sama. Silap dia sebab tergesa-gesa nak beli beli rumah, tak check betul-betul.

NETIZEN

"Jadi pengajaran untuk pembeli lain, kalau nak beli rumah jangan ambil mudah. Kena tengok teliti setiap sudut.

"Terma pembelian 'as is where is' ni sebagai pembeli kena tahu serba-serbi condition rumah semasa sebelum beli.

"Kalau ada kerosakan yang kita terlepas nak ambil tahu, untuk nak tuntut ganti rugi selepas selesai proses akan jadi rumit.

"Sekarang ni, tugas saya discuss dengan pihak lawyer apa yang patut, apa yang tak patut untuk dituntut. Hak masing-masing kita kena hormat," kongsinya lagi.

RUMAH KOMEN

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Hantaran ejen hartanah berkenaan mengundang perhatian warga maya dan meraih perkongsian di laman Facebook lain.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan malah mereka berkongsi pengalaman masing-masing agar dapat dijadikan pengajaran.

"Kawan saya pernah berdepan dengan situasi hampir sama. Silap dia sebab tergesa-gesa nak beli beli rumah, tak check betul-betul.

"Betul sangat! Melayang duit satu hal... menyesal sebab banyak prosedur kena lalui.

"Saya pun sama juga. Tapi nasib baik dapat pemilik rumah yang bertimbang rasa. Ada part yang dia baiki... apa pun saya belajar daripada pengalaman," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan