TINGGAL sebumbung dengan menyewa kediaman bersama orang lain yang tak dikenali, ada individu tidak pernah atau amat jarang bertegur sapa dengan rakan-rakan serumah. Biasanya, golongan seperti ini lebih selesa menjalani kehidupan sendiri atau tidak suka mencampuri urusan orang lain. Seperti mana penyewa wanita ini, dia juga suka membuat halnya sendiri sehinggalah pada suatu hari dia melihat satu kejadian melibatkan rakan serumah yang selama ini tidak pernah bertegur sapa. Segelintir individu suka membuat halnya sendiri. -Gambar hiasan "Tadi lepas mandi, aku tak sengaja nampak housemate aku masak mi segera. Masa dia tuangkan lebihan air, sebahagian mi segera tu tertumpahlah di singki. "Dengan cepat dia kaut dan letak balik dalam periuk tu," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial. Menurut wanita itu, rakan serumah sempat menoleh ke arahnya ketika itu, namun dia berpura-pura tidak nampak dan kemudian masuk ke bilik. ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes maju, kereta banyak tapi duduk rumah sewa... Lelaki ini bahagia bayar RM210 sebulan sejak 14 tahun lalu ARTIKEL BERKAITAN: Rumah sewa 8 pelajar lelaki mewah makanan! Semua masak sendiri, mi segera ‘tak layan’... Paling kagum buat kuih koci Dalam hati, timbul rasa bersalah kerana tidak sengaja menyaksikan 'insiden' itu tetapi tindakannya terus menjadi persoalan, justeru dia cuba mendapatkan jawapan dengan menghantar mesej. "Aku hantar WhatsApp tanya kenapa dia ambil balik mi segera yang dah jatuh tu, kan kotor tu. "Kemudian dia cakap, cuma tinggal satu bungkus tu je lagi mi segera dia, dah dua hari dia tahan lapar sebab belum gaji," ujarnya. Masing-masing mempunyai peruntukan untuk dibelanjakan setiap bulan. -Gambar hiasan Tidak sampai hati melihat rakan serumah menikmati mi segera yang 'tertumpah', dia nekad mengajaknya ke kedai berhampiran untuk membeli bekalan makanan yang baharu. "Aku suruh dia buang je mi segera tu dan aku ajak dia ke kedai beli satu paket mi segera dan lima biji telur untuk dia makan sementara tunggu gaji. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Bersedekah walaupun kamu tak ada banyak. RAKAN SERUMAH "Sampai rumah, kami masak mi segera yang baharu dan makan sama-sama" katanya. Di sebalik tindakannya menceriakan rakan serumah, namun siapa sangka dirinya turut terbeban dengan masalah kewangan sendiri. Wanita bekerja demi menampung kos sara hidup. -Gambar hiasan "Sebenarnya dalam akaun bank aku pun tinggal RM16 je sebab aku pun belum gaji. Tapi aku tetap ikhlaskan kerana aku pernah dalam keadaan tu. "Selama aku tinggal menyewa di sini, aku tak pernah bertegur dengan dia sebab dia pemalu sangat. Tapi dia comel orangnya. "Aku harap bila gaji aku masuk, aku nak belanja dia makan nasi ayam penyet atau lain-lain, sebab katanya dah seminggu tak makan nasi. Aku nak makan nasi tadi pun tak cukup duit," katanya. Menurut wanita itu lagi, kisah yang diceritakannya itu dengan harapan dapat memberi kesedaran kepada umum tentang berkongsi rezeki. "Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Bersedekahlah walaupun kamu tak ada banyak. InsyaAllah rezekimu akan bertambah, Amin," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube