TIDAK ramai anak yang sanggup berkorban dan mengambil keputusan untuk menetap bersama ibu bapa terutamanya yang sudah uzur. Selain perlu mengenepikan kepentingan diri sendiri, salah satu cabaran yang perlu dihadapi anak adalah berdepan kerenah orang tua yang kadang kala sukar diduga. Dalam satu perkongsian di laman sosial, seorang lelaki berkongsi kisahnya yang terpaksa menelan rasa pahit gara-gara sikap ibu yang suka mencari kesalahan dirinya dan isteri. "Aku anak bongsu... habis je diploma, kakak yang last kahwin, aku ambil keputusan balik kampung jaga mak sebab kakak ikut laki dia. "Dari bujang sampai dah ada anak satu, aku duduk dengan mak. Tapi tiap hari ada saja benda yang dia tak puas hati dalam rumah tu. Tidak ramai anak yang sanggup tinggal di kampung bagi menjaga ibu bapa. -Gambar hiasan "Sebelum aku kahwin mak biasa je... selepas kahwin semua benda salah. Sampai isteri pernah kena halau dengan mak tanpa sebab yang munasabah," tulisnya dalam perkongsian berkenaan. Individu yang tidak mendedahkan identiti itu menambah, perangai ibunya tidak pernah berubah biarpun mereka sudah banyak kali bergaduh akibat perselisihan faham. ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung ‘makan hati’ sikap ibu pilih kasih, rasa macam yatim piatu... “Dia puji adik bagai malaikat” ARTIKEL BERKAITAN: “Tiap minggu kacau kami” - Menantu makan hati, ibu mentua asyik ajak beli barang di pasar raya... nak balik kampung pun tak bagi "Sampai aku sendiri cakap dalam hati, 'aku ni anak derhaka ke? Kaki aku dua-dua dah dalam neraka ke?' "Bila anak lain balik, happy gila. Tapi bila semua balik, dia macam biasa balik. "Sampai aku cakap 'yang depan mata ni busuk... yang jauh-jauh semua wangi'. Tapi aku tetap sabar layan mak macam biasa," tulisnya lagi. Saya 11 tahun duduk dengan mak mentua. Hanya Allah yang tahu deritanya. NETIZEN Sekadar berkongsi coretan untuk meluahkan perasaan, individu tersebut berkata ketika ini dia hanya mampu memanjatkan doa kepada Allah agar dirinya dan isteri terus diberikan kekuatan serta kesabaran melayani ibu mereka. "Kesian dekat wife... dia paling teruk kena. Akulah yang selalu support dia untuk bersabar," akhirinya. Perkongsian individu berkenaan meraih perhatian warga maya dengan rata-ratanya meluahkan simpati dan memahami situasi yang dilaluinya. Menjengah ruangan komen, ia dipenuhi dengan perkongsian pengalaman serta kata-kata semangat. Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan. "Saya duduk dengan mentua tiga tahun. Dulu saya ingat saya boleh jaga dia, tapi makin lama saya terluka. Sampai tahap saya tak nak bertembung dengan dia. Bukan benci tapi kecil hati. "Saya 11 tahun duduk dengan mak mentua. Hanya Allah yang tahu deritanya. Bila suami tak ada, mentua hari-hari halau. Cerita kepada suami, tak percaya. "Berjauhan lebih indah... biar rumah kecil janji tak sakit hati. Mental pun tak rosak," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube