BANYAK faktor menyebabkan ramai dalam kalangan kita memilih tinggal di kediaman kondominium, antaranya faktor keselamatan yang lebih terjamin, tenang dan mempunyai privasi serta ruang selesa yang tidak terlalu luas atau kecil. Jika dibanding dengan rumah atas tanah, persekitaran kediaman jenis ini dilihat lebih terbuka, mesra tetangga dan meriah dengan pelbagai aktiviti kejiranan. Seorang pembeli peribadi (personal shopper) dikenali sebagai Sakinah Baharom turut mendiami kediaman jenis ini tetapi agak terkejut berdepan tindakan jiran yang menekan loceng rumahnya untuk meminta bawang. Menceritakan pengalaman di media sosial, Sakinah berkata jirannya itu adalah seorang aunty yang tinggal di bahagian hujung sama aras unit didiaminya dan kebimbangan timbul kerana mereka tidak pernah bersua apatah lagi mengenali antara satu sama lain. Ramai memilih untuk tinggal di kediaman jenis kondominium kerana faktor privasi dan keselamatan. -Gambar hiasan “I macam apakah? Rumah kondominium yang didiami tidak mewah mana dan I baru berpindah di sini. Tak pernah terfikir bawang habis nak minta jiran, tambahan lagi tidak dikenali. “Sebab biasa kondominium kan sedikit privasi. Bukan kedekut, tetapi macam pelik. Risau, mana tahu tiba-tiba kena pukau?” tulisnya yang menetap di kondominium terletak di ibu kota. Menerusi ruangan komen, Sakinah berkata dia berasa gusar dengan situasi itu kerana dirinya tidak mengenali aunty tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Lepas minta kek untuk anak, bapa rayu peti sejuk pula! Jiran dedah ‘pengemis’ ada kereta Hyundai, hidup tak susah mana ARTIKEL BERKAITAN: Makcik datang rumah minta sebiji telur ayam, penternak ‘tercabar’ terus bagi 10 biji! Tak sangka dapat balasan serta merta Bagaimanapun, Sakinah menjelaskan dia tidak mempunyai masalah untuk hidup berjiran, malah tidak kedekut cuma dia berasa janggal kerana menganggap gaya hidup di kondominum tidak seperti itu. “Memang takut. Ingatkan guard, tu yang buka pintu. Rupanya jiran minta bawang nasib baik tak ajak membawang. “Kalau kenal dah lama tak apa, ni tengok muka pun tak pernah. Even dulu duduk dengan mak pun tak pernah ada jiran yang meminta barang. Ingatkan guard tu yang buka pintu. Rupanya jiran minta bawang, nasib baik tak ajak membawang. SAKINAH “Kebetulan sejak kebelakangan ini tak masak, jadi saya beritahu aunty tu bawang tak ada di rumah saya,” katanya. Perkongsian Sakinah mengundang pelbagai reaksi warganet dengan ada yang menyuarakan kebimbangan dan ada juga berkongsi pengalaman sama. "Scary nya. Kalau I never open the door. Tengok sipi-sipi saja. Seram zaman sekarang macam-macam boleh berlaku. Mereka yang tinggal di taman perumahan biasanya lebih akrab dengan jiran. -Gambar hiasan "Pelik juga. Jangan biasakan jiran tu buat macam tu. Cakap je tak ada. "Seram juga, tip sorok-sorok selipar supaya nampak macam tiada orang. Make sure ada CCTV la kat pintu. "Scary kalau kenal jiran tu tak apa. Lain kali tak kenal jangan buka pintu," demikian antara komen warganet. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube