MEDIA sosial sering menjadi medan luahan masalah terutama berkaitan isu rumah tangga. Senario yang dianggap normal oleh kebanyakan individu itu bagaimanapun tidak dipersetujui segelintir yang lain termasuk seorang pelayar X dikenali sebagai Fatin. Bagi wanita ini, meluahkan masalah yang dialami di laman sosial seolah-olah seseorang itu membuka aib diri sendiri dan pasangan. Sikap pemalas suami antara punca menjurus ke arah penceraian. -Gambar hiasan "Aku ada prinsip selepas kahwin iaitu jangan cerita masalah rumah tangga di media sosial atau pada orang luar termasuk sahabat baik. "Jaga aib pasangan, selesaikan antara korang berdua sahaja," coretnya di laman X. Menurutnya, perkara tersebut bukan sahaja akan memalukan pasangan, sebaliknya turut membabitkan diri sendiri. Tambahnya, lebih menghairankan apabila terdapat individu yang gemar berkongsi masalah dan meluahkan kesedihan kepada rakan berlainan jantina seolah-olah perkara tersebut lebih difahami serta mampu diselesaikan. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda rimas lihat diskusi rumah tangga di media sosial, pelik pasangan bermasalah minta nasihat orang dah bercerai berai ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tuduh famili mentua punca perkahwinan tak bahagia! Ipar minta duit, ibu paksa suami buat loan kereta... Anak bini sendiri disuruh jimat "Suka ke orang luar tahu korang tengah gaduh? "Kemudian yang jenis mengadu kepada jantina berbeza, memang tak faham. Lainlah kalau dipukul atau dicurangi tu," tambahnya lagi. Selain menasihati pasangan yang gemar membuat posting masalah dialami di media sosial, Fatin turut menegur sikap kebanyakan masyarakat yang suka mengambil tahu perihal orang lain. Perkara ni boleh tengok semasa zaman bercinta. Ada masalah bincang berdua, bukan up status di media sosial. WARGA MAYA "Orang luar pula, tolonglah jangan menyibuk pasal rumah tangga orang. Pandai-pandailah mereka selesaikan sendiri. "Jangan sibuk nak masuk dalam kain orang lain melainkan kau tu kaunselor bertauliah," katanya lagi. Seiring perkembangan teknologi masa kini, dia juga mencadangkan supaya mereka yang mengalami masalah untuk menggunakan aplikasi baharu ChatGPT. "Aku cadangkan cara terbaik untuk meluahkan masalah atau minta pandangan berbanding mencari orang luar adalah dengan menggunakan ChatGPT," tambahnya. Warga maya turut bersetuju dengan pandangannya. Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya. Kebanyakannya bersetuju dengan pandangan yang diberikan Fatin dan beranggapan mereka yang saling menyayangi tidak akan sewenang-wenangnya berkongsi aib pasangan untuk tatapan umum. "Kalau kau sayang seseorang itu, kau tak akan dedahkan perangai buruk dekat orang yang tak rapat, tak kenal. Kau akan sebolehnya melindungi walaupun seburuk mana pasangan tu. "Perkara ni boleh tengok semasa zaman bercinta. Ada masalah bincang berdua, bukan up status di media sosial. "Prinsip aku sejak sekolah lagi macam tu, masalah keluarga pun sama sebab aku terfikir... kalau cerita nanti, orang akan tahu yang buruk je sedangkan pasangan atau keluarga tak seburuk yang disangka," demikian pandangan beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube