suria

Dendam membara! Mangsa dakwa buli di asrama jadi budaya, guru dan warden pun tak boleh harap - “Taufiq nama dia”

Kes buli di sekolah boleh menyebabkan mangsa hilang semangat untuk belajar. -Gambar hiasan

TRAUMA yang dihadapi oleh mangsa buli boleh diibaratkan seperti parut di tubuh yang tidak akan hilang sampai bila-bila.

Di platform X, seorang mangsa buli tampil berkongsi kisah dirinya yang menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental ketika zaman persekolahan.

Lebih menyedihkan, pengadu mendakwa pembuli langsung tidak dikenakan tindakan, malah dirinya pula yang disisihkan oleh penghuni lain di asrama.

Story on student bully incident, picture showing a few student are bullying a other student while recording the incident. Just posing photo by model. — FAIHAN GHANI/The Star

Kes buli juga kerap dilaporkan di sekolah berasrama. -Gambar hiasan

"Tingkatan satu kena buli fizikal sampai berdarah bibir. Lapor pada sekolah, budak yang tampar tak dibuang sekolah.

"Alasannya sebab nak peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Yang dibuli dan buat laporan pula dipulaukan satu asrama, tiada kawan," imbasnya.

Menurut pengadu, tekanan berterusan yang dihadapi memaksa dirinya untuk keluar dari asrama.

Yang tampar saya tu, selagi dia tak datang minta maaf, saya tak maafkan.

PENGADU

Malah, pelaku juga tidak pernah memohon maaf kepadanya sehinggalah ke hari ini.

"Mereka tunjuk jari tengah kepada saya. Saya kena seksa mental sampai keluar asrama. Pembuli pula bersekolah macam biasa.

"Cikgu dan warden anti pelajar yang lapor bila kena buli. Sebelum saya pun ada mangsa yang dipulaukan sebab lapor kes buli.

ARTIKEL BERKAITAN: Malas layan aduan buli, cikgu ugut pindah ke meja belakang... Paling tak masuk akal kes ditutup, pembuli dianggap tak sengaja

ARTIKEL BERKAITAN: Disepak ketika turun tangga, ibu geram anak darjah 6 dibuli... Tak cukup surat layang panggil sundal, dimalukan di TikTok

"Itulah budaya yang sampai sekarang masih ada. Yang tampar saya tu, selagi dia tak datang minta maaf, saya tak maafkan.

"Taufiq nama dia, saya ingat sampai sekarang," luah pengadu lagi.

Di ruangan komen, netizen berkata mereka percaya dengan luahan pengadu memandangkan budaya itu sudah menjadi kebiasaan di sekolah berasrama.

"Ini kisah yang betul dekat sekolah berasrama penuh. Pembuli akan sentiasa menang.

Pose pics for the story on bully cases on the group of kids on May 31.—AZMAN GHANI/The Star

Mangsa buli berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

"Ini juga terjadi kepada anak saya. Anak saya dipanggil 'barua' oleh kawan-kawan sendiri sebab report kes buli kepada pengetua.

"Tiga anak saya duduk asrama. Memang pihak sekolah tak layan. Berbuih mulut beritahu tapi tiada tindakan.

"Itulah budaya. Dari pengurusan, cikgu, warden sampailah ke pelajar," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain