suria

Wanita selalu MC, tidur di meja... Rakan ofis syak kena kifarah! Dulu bangga tiada ‘morning sickness’, kutuk ibu hamil alami alahan

Fasa kehamilan berbeza mengikut perubahan hormon. -Gambar hiasan

FASA kehamilan merupakan impian hampir setiap wanita yang bergelar isteri.

Kebanyakannya mengalami alahan teruk termasuk kurang selera makan, loya dan kerap muntah disebabkan perubahan hormon.

Perubahan yang berlaku itu ada kalanya mengganggu emosi dan kehidupan harian si ibu terutama mereka yang berkerjaya.

Bagaimanapun terdapat wanita yang melalui fasa kehamilan dengan mudah, seperti menjalani hari-hari biasa.

Wanita bekerjaya cenderung alami keletihan akibat kehamilan. -Gambar hiasan

Wanita bekerjaya cenderung alami keletihan akibat kehamilan. -Gambar hiasan

Menerusi satu hantaran di laman X, seorang wanita mendedahkan sikap wanita lain yang lancang mengherdik individu hamil kerana mempunyai banyak alahan dan tidak bertenaga.

"Aku kenal seorang perempuan ni, lancang mengutuk perempuan mengandung yang banyak alahan, tak bertenaga.

"Dia cakap (masa) dia hamil bertenaga dan glowing je," ujarnya memulakan cerita.

Menurutnya, wanita terbabit juga sering 'menjaja' cerita mengenai fasa kehamilan yang tidak terjejas dengan perubahan hormon sehinggalah dia sendiri disahkan mengandung.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung mengidam ratah sebuk kopi, yang ke-2 alahan 'pindah' ke suami... baru 4 minggu dah kongsi rasa mual, isteri sebak ada kata itu tanda sayang

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah simpati wajah ibu hamil jadi orang tua sebab alahan, wanita ini tak sangka diri sendiri pun terkena - “Mula-mula muka jadi sembab”

"Sebulan, dua juga dia cakap besar. Kemudian dia pula hamil," katanya.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh kehamilan yang baharu ini, wajah wanita tersebut sentiasa kelihatan pucat.

Bukan itu sahaja, dia juga asyik keletihan sehingga terpaksa mengambil banyak cuti sakit (MC).

Pada masa sama, dia juga diliihat sering tidur di meja pejabat.

Karma kalau kena kat diri sendiri, kena kat keluarga juga. Selagi kau bernyawa dan hidup sebatang kara sekalipun, jangan kutuk orang lain.

WARGA MAYA

"Sejak hamil ni, muka dia selalu pucat dan kerap letih. Memang banyak MC dia ambil sampai tahap aku nampak dia tidur kat meja.

"Sekarang aku dah tak kerja kat situ, tapi apa yang aku dengar, dia 'kehilangan' bayi yang dikandung beberapa minggu lepas," tambahnya yang turut bersimpati dengan nasib wanita terbabit.

Dalam pada itu, dia tampil mengingatkan golongan wanita supaya menjaga mulut dan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.

Warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.

Ramai yang berkongsi pengalaman sama yang mana diri mereka dianggap pemalas dan mengada-ngada oleh wanita lain yang tidak mengalami alahan semasa hamil.

"Pernah kenal dengan seorang perempuan yang ditakdirkan dua kali 'hamil mudah'... sedap dia kata orang lain kalau sakit-sakit ni malas je. Semasa hamil anak ketiga, dia sakit sampai kena buang kerja.

"Dekat sekolah aku ada seorang cikgu sesi petang yang hamil, teruk dia kena kecam sebab selalu pitam kat sekolah. Kemudian ada seorang cikgu ni bandingkan situasi dengan diri sendiri konon dia terpaling kuat dan sihat.

"Karma kalau kena kat diri sendiri, kena kat keluarga juga. Selagi kau bernyawa dan hidup sebatang kara sekalipun, jangan kutuk orang lain," luah beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain