suria

Tak sampai 24 jam ditimpa musibah, nasib pasangan motosikal terbakar terbela... Muncul orang baik hadiah kenderaan baharu

Motosikal dinaiki pasangan ini terbakar pada petang Ahad.

SEPASANG suami isteri berdepan detik malang apabila motosikal dinaiki mereka terbakar pada petang Ahad.

Video kejadian itu tular selepas ia dimuat naik ke aplikasi TikTok oleh seorang pengguna jalan raya yang dikenali sebagai Si Jemal.

"Kejadian petang tadi (Ahad) dekat Star Cruise, Pulau Indah (Selangor). Maafkan saya bang, tak dapat bantu. Allahu, depan mata terbakar.

"Tak pasti puncanya apa. Pemadam api tiada dalam kereta. Serba salah betul masa dalam kereta tadi.

"Tengok gaya macam abang dengan akak tu baru balik kerja. Semoga urusan abang akak dipermudahkan," tulis saksi kejadian.

Hingga kini video itu menerima lebih 1.2 juta tontonan di TikTok.

Semoga dengan pemberian ini dapatlah ringankan beban pasangan yang ada empat orang cahaya mata ni.

ANAS ZAHRIN

USAHAWAN

Sementara itu mangsa yang dikenali sebagai Ayishah turut tampil di ruangan komen dan memaklumkan dia dan suaminya sudah dibantu oleh seorang pemandu lori.

"Terima kasih bang. Dalam video itu saya dengan suami. Tak apa bang, dah ada abang lori datang membantu.

"Doakan saya dan suami kuat dan dilimpahi rezeki ya. Itu je satu-satunya kenderaan kami cari rezeki yang ada," tulis Ayishah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bos bengkel bakar Yamaha LC, hati berkecai pekerja kesayangan hisap batu - “Saya dah halau tapi dia merayu”

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai terbakar, kemudian motor akhir sekali rumah... Suami isteri rayu bantuan teruskan hidup, 3 anak tiada baju raya

Dalam perkembangan terkini, usahawan dan pempengaruh, Anas Zahrin bermurah hati menghadiahkan sebuah motosikal baharu buat pasangan itu pada Isnin.

"Alhamdulillah, selesai sudah. Semoga dengan pemberian ini dapatlah ringankan beban pasangan yang ada empat orang cahaya mata ni," ujarnya menerusi TikTok.

Menerusi video yang dikongsi, Anas turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 buat pasangan itu.

pasangan n2

Anas dipuji kerana bermurah hati mengadiahkan motosikal baharu buat pasangan itu.

Ayishah dilihat sebak ketika menerima hadiah itu, manakala suaminya turut berpelukan dengan Anas sebagai tanda berterima kasih.

Di ruangan komen, ramai netizen memberikan kata-kata semangat buat pasangan itu dan turut memuji sikap pemurah Anas.

"Kalau kita rasa susah, ada yang lagi susah. Moga dipermudahkan urusan mereka.

motor 2

Video kejadian meraih 1.1 juta tontonan di TikTok.

"Aku yang lelaki pun tak boleh tengok video macam ni. Menangis dalam hati.

"Terima kasih abang Anas, selalu bantu orang yang kesusahan. Moga dimurahkan rezeki selalu," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain