HEBAHAN mengenai kucing hilang merupakan perkara biasa kita sering lihat di media sosial. Namun kali ini, tular pula kisah seorang wanita dikenali sebagai Ally Rashidah yang kehilangan angsa kesayangannya. Dalam perkongsian terbaharu di Facebook, Ally berkata angsa yang diberi nama Didi itu sudah dijumpai di kediaman jirannya. Kisah kehilangan Didi meraih perhatian ramai di Facebook. "Update, dah jumpa. Saya pergi ambil ia pukul 3 pagi, depan reban ayam jiran saya. "Jiran saya WhatsApp, ada nampak angsa seekor tidur depan reban ayam dia. Didi dah balik ya. "Jauh sikit ia berjalan, terus lupa jalan balik. Terima kasih semua yang prihatin," tulisnya. Saya pergi ambil ia pukul 3 pagi, depan reban ayam jiran saya. ALLY RASHIDAH Ally turut memuat naik beberapa keping foto angsa kesayangannya itu. Terdahulu, hebahan yang dibuat Ally tentang kehilangan Didi meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi menerusi grup Facebook Kampung Melayu Majidee. Dalam hantaran itu, Ally merayu kepada orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya mereka melihat angsa berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Angsa kenang jasa! Ramai kagum lihat hubungan sweet pemuda ini dengan Seman ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka populariti angsa jantan bawa rezeki, gadis ID terharu ramai minat lilin wangi buatannya "Kalau ada siapa-siapa ternampak atau terambil angsa betina saya, tolong beritahu atau tolong pulangkan. "Didi tak pakai kolar hari ini, takut orang ingat ia sesat dan tiada tuan. Selalunya pukul 6.30 petang Didi dah masuk kandang. "Tapi hari ini sampai 8.30 malam saya cari tak jumpa. Didi akan menyahut kalau panggil, tapi kali ini tiada," ujar Ally dalam hebahan itu. Dalam hantaran yang sama, ramai pengguna Facebook turut menitipkan doa agar Ally dipertemukan semula dengan angsanya. Antara komen netizen pada hantaran yang dibuat wanita itu di Facebook. Malah, ada netizen yang turut memberi cadangan supaya angsa itu dipakaikan dengan alat penjejak seperti AirTag keluaran Apple. "Dah jumpa, pakaikan Apple AirTag kat lehernya. Senang nak kesan. "Jauhnya jalan sayang. Jaga diri baik-baik tau. Comel sangat. Sejuk mata memandang. "Risau dah jadi rendang je," tulis seorang netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube