suria

Belajar sampai PhD, gadis mengaku bodoh dalam bercinta... Bertahan dapat BF mat rempit, umur dah 30 masih tak nampak masa depan

Ada wanita yang tidak kisah bersuamikan lelaki kaki motor. -Gambar hiasan

KATA orang, cinta itu buta!

Begitulah kisah seorang gadis berpendidikan tinggi tetapi menjalinkan hubungan cinta dengan seorang mat rempit.

Kisah gadis itu tular di platform X selepas dia membuat luahan tentang kekasihnya yang dilihat seolah-olah tiada masa depan.

Bakal pengantin perlu memiliki wang simpanan untuk merealisasikan majlis bahagia mereka. -Gambar hiasan

Bakal pengantin perlu memiliki wang simpanan untuk merealisasikan majlis bahagia mereka. -Gambar hiasan

Selain menjalani kehidupan yang tidak tentu arah, dia mendakwa lelaki itu juga langsung tidak mempunyai wang simpanan.

"Aku sekarang tengah buat PhD tapi tu la, bab cinta aku bodoh. Aku boleh berfikir tapi aku perlu pendapat orang untuk sokong aku.

"Teman lelaki aku ni suka pergi parti. Suka merempit. Suruh simpan duit kahwin selalu kelaut. Simpanan pun langsung dia tiada. Umur dah 30 kot," ujarnya.

Teman lelaki aku tu perut boroi, belum kahwin leher pun tak ada.

PENGADU

Tambah gadis itu, dia juga tidak memandang fizikal dan rupa paras dalam mencari pasangan, justeru kekasihnya itu tidaklah sekacak lelaki-lelaki lain.

Namun katanya, dia kini tertekan apabila lelaki itu mula memberi layanan buruk termasuklah menggunakan kata-kata kesat terhadapnya.

"Teman lelaki aku tu perut boroi, belum kahwin leher pun tak ada. Aku kurus tinggi tapi tak cantik pun, hanya berkulit cerah.

ARTIKEL BERKAITAN: Matang, kewangan stabil tapi masih solo! Pemuda serba sempurna pelik mat rempit lebih laris, mudah jumpa jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan mat rempit kumpul duit sendiri tolong keluarga susah 'terlepas pandang' ketika PKP - “Kami tak kisah orang sangka buruk”

"Apa aku nak buat ya? Kali ini aku betul-betul penat. Dia maki aku. Dia buat aku mengemis. Dengan aku call, 10 minit terus mengantuk.

"Tapi dia boleh lepak dengan kawan dia berjam-jam. Aku stres, aku nak masa dia je," luah wanita itu lagi.

Di ruangan komen, beberapa pelayar X turut memberi cadangan kepada gadis itu agar dia berpisah dengan kekasihnya.

Kumpulan mat rempit sering dipandang serong masyarakat. -Gambar hiasan

Kumpulan mat rempit sering dipandang serong masyarakat. -Gambar hiasan

"Ramai aku perhati budak-budak master, PhD, bab belajar memang otak geliga. Tapi bab cinta dia jadi benak sikit.

"Umur 30 masih merempit, tiada plan masa depan. Angkat bendera putih kak. Mengalah undur diri sebelum terlambat.

"Lebih baik cari lain la lelaki kalau tak ada saving ni. Dah masuk umur 30 nampak sangat dia tak ada panduan hidup.

"Tetapkan standard tinggi sikit untuk diri awak. Tinggalkan dia," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain