DALAM masyarakat kita, perkahwinan sering dianggap sebagai satu langkah yang akan membawa kepada kebahagiaan berpanjangan. Namun, tidak semua orang mengalami pengalaman sama dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Seorang wanita yang baru dua bulan bergelar isteri berpandangan hidup bujang lebih menggembirakan dan perkara ini diluahkan kepada rakan baiknya. Kisah bermula sewaktu sahabatnya itu bertanya tentang pengalaman selama dua bulan hidup bersama suami, sewaktu menghadiri majlis bertandang di rumah pengantin lelaki. Seorang wanita menceritakan tentang rakannya yang baru berkahwin. -Gambar hiasan "Tadi saya pergi kenduri rumah kawan baik. Dia baru berkahwin bulan Ogos hari tu. "Lepas kahwin saya tak jumpa dia. Hari ni baru dapat jumpa. Jadi saya tanya la best ke kahwin? "Dengan pantas dia cakap... sebenarnya kan single (bujang) lagi best. Baru dua bulan (kahwin) wei," katanya dalam satu hantaran di media sosial. Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang memberikan komen dan pendapat masing-masing.. ARTIKEL BERKAITAN: Adik beradik lepas tangan, tak ambil cuti... Bakal pengantin menyesal buat majlis kahwin, semua kena urus sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal ajar konsep ‘kongsi-kongsi’ zaman bercinta, dah kahwin baru sedar lelaki naik lemak kalau dibantu bab duit "Kasihannya baru dua bulan kahwin dah rasa bujang lagi best. Patut ni fasa bulan madu gembira-gembira lagi. "Sebenarnya best kahwin kalau jumpa pasangan yang tepat dan macam kawan baik kongsi semua sama-sama cuma datang dengan tanggungjawab dan hormat sebagai pasangan hidup," antara komen netizen. Selepas dihujani dengan pelbagai pendapat netizen, wanita ini bertindak membalas beberapa komen, memberikan penjelasan mengenai situasi yang sedang dilalui oleh kawan baiknya. Menurut wanita itu, sahabatnya berkemungkinan belum terbiasa dengan hidup berpasangan kerana sudah membujang dalam tempoh yang lama sebelum ini. "Jauh lagi perjalanan dia tapi saya tengok dia gembira je cuma biasa la sudah lama sangat hidup bujang kan. Dia sebenarnya tengah biasakan diri dengan kehidupan baru dia. Kahwin akan jadi best bila dengan orang tepat. Dua bulan masih awal nak kenal pasangan masing-masing. NETIZEN "Sebelum kahwin pun dia tak ada kawan atau rapat dengan mana-mana lelaki sebab tu kemungkinan dia rasa lain bila sudah berdua. Dia cakap aku kan dah biasa semua benda buat sendiri. "Bila ada suami, kejap itu kejap ini. Dia cakap kadang rimas asyik nak berkepit je. Tapi dia bergurau je. Saya tahu dia gembira je. Kalau tak, dia tak kahwin. Ramai orang dia tolak. Tak tahu kenapa kali ni dia betul-betul serius," katanya membalas komen netizen. Dalam pada itu, mereka yang sudah lama berumah tangga turut menyuarakan pendapat. Komen beberapa netizen di media sosial. Rata-ratanya berpandangan, tempoh yang lama diperlukan untuk pasangan yang baru berkahwin membiasakan diri dengan kehidupan baharu mereka. "Secara jujur adalah terfikir jika tak kahwin harta dan masa banyak untuk diri sendiri. Walaupun sudah 20 tahun lebih dan anak sudah enam orang. Tapi sendiri ingatkan diri kahwin sebab ikut saranan agama dan reda Allah. Fikiran nakal perlahan-lahan hilang. "Kahwin akan jadi best bila dengan orang tepat. Dua bulan masih awal nak kenal pasangan masing-masing. Lama-lama nanti bila dah faham, jalani je. Bagi saya best kahwin, suka duka sedih dan bergaduh, biasalah tu manusia," komen netizen lain pula. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube