suria

Mak BF suruh bayar bil Astro, pinjam duit beli barang dapur... Waktu minta bayar hutang teman lelaki bagi ayat ‘makan dalam’

Seorang wanita mengeluh mengenai sikap keluarga kekasihnya. -Gambar hiasan

MASA bercinta semuanya manis, malah sanggup berkorban apa saja untuk menawan hati pasangan.

Ini termasuklah berbuat baik dengan keluarga kekasih sebelum mendapat restu sebagai calon menantu pilihan.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang wanita yang begitu baik meminjamkan wang kepada keluarga teman lelakinya.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Namun kata wanita itu, bukan sekali tetapi berkali-kali dia meminjamkan wang kepada mereka.

"Siapa pernah bagi pinjam duit kat orang? Hari tu aku bagi pinjam duit dekat mak BF (teman lelaki) aku sebab dia minta tolong bayarkan bil Astro.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 10 hari dapat gaji, baki tinggal RM200! Pemuda buntu tak cukup duit, ramai ingat ‘senang’ sebab kerja di syarikat popular

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji 2K sebulan dihabiskan untuk keluarga... Ibu tak nampak pengorbanan anak, ‘sedap’ tuduh boros kalau cakap tak ada duit

"Kadang-kadang pinjam nak beli barang dapur sebab masa tu famili dia tengah susah sebab ayah dia tak boleh kerja akibat strok.

"Tak adalah banyak sangat antara RM600 hingga RM700. Aku bukan jenis meminta dan pada masa sama takut nak minta sebab bimbang orang fikir lain.

"Sebab itulah aku diam je selama ni," ujarnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Wanita bekerja untuk menjana pendapatan buat keluarga. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut, wanita itu memberitahu hanya teman lelaki dan ibunya yang bekerja bagi menampung kehidupan.

Difahamkan adik kepada teman lelakinya pula tidak bekerja namun berperanan menjaga bapa mereka yang uzur.

Belum apa-apa dah tak segan pinjam dengan orang... confirm memang habit pinjam keliling.

WARGA MAYA

Dia kemudian cuba meminta teman lelakinya membayar semula wang yang dipinjam oleh keluarga kekasihnya, namun jawapan yang diberikan mengecewakan.

"Aku ada minta dengan BF aku, kalau dia bayar hutang RM100 dulu pun jadilah. Alih-alih dia balas untuk buat aku rasa bersalah pula minta duit tu.

"Aku ni mudah kasihankan orang. Salah ke tindakan aku minta hutang pada masa yang tak sesuai, maksudnya mereka pun tengah tak ada duit," katanya lagi.

Banyak wang dipinjamkan untuk keluarga kekasih. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut dengan tindakan wanita itu yang terlalu baik dengan keluarga kekasihnya sehingga sanggup meminjamkan wang yang banyak.

"Sebab duit pun saudara boleh putus, apatah lagi BF, GF ni. Anggap je sedekah. Awak bukan jodoh dia, bawa haluan masing-masing.

"Bakal jadi ATM (mesin pengeluaran wang automatik) dah tu. Belum apa-apa dah tak segan pinjam dengan orang. Confirm memang habit pinjam keliling... lari sebelum terlambat.

"Cuba buat alasan tak boleh bagi pinjam, tengok macam mana pula layanan mereka kat kamu. Kalau dah mula dingin, baiklah kau angkat kaki cepat-cepat sebelum terlambat. Nampak kau ni sebenarnya sudah dipergunakan," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain