suria

11 sekeluarga huni pondok tanpa dinding, mandi air sungai... Bapa daif risau anak nak sekolah, motosikal bakal ditarik

Anak-anak pasangan itu membesar dalam keadaan serba daif.

SEPASANG suami isteri di Pitas, Sabah, hidup dalam keadaan daif di sebuah pondok usang bersama sembilan anak mereka sejak 18 tahun lalu.

Kisah mengenai pasangan dikenali sebagai Addil, 43, dan Vernnah, 34, itu meraih perhatian ramai selepas aktivis kebajikan, Adrian Edy menziarahi mereka pada 31 Oktober lalu.

Menurut Edy, ketua keluarga itu hanya melakukan kerja-kerja kampung dengan pendapatan sekitar RM50 ke RM100 seminggu, manakala isterinya pula hanyalah suri rumah.

edy 4

Nasib keluarga itu mendapat perhatian Edy yang hadir melawat pada Khamis.

"Suaminya kerja tolong orang bersihkan kebun, petik buah dan sayur. Upah seminggu dapat sekitar RM50 ke RM100. Itu pun kerja tak menentu, kadang-kadang dalam seminggu dua kali saja ada kerja.

"Sudah 18 tahun mereka tinggal di pondok ini, sejak mula berkahwin dan dapat anak pertama. Pondok itu tiada bilik. Di situlah makan, di situ juga tidur. Pondok ini juga tiada bekalan elektrik.

"Mereka hanya ada sebiji lampu yang dijana dengan tenaga solar. Jika lampu itu habis tenaga, mereka akan nyalakan lilin untuk menerangi pondok pada waktu malam," ujar Edy kepada mStar.

Mereka mandi di anak sungai yang terletak 100 meter dari pondok itu.

ADRIAN EDY

AKTIVIS KEBAJIKAN

Menurut Edy, keluarga itu juga berdepan dugaan apabila satu-satunya motosikal mereka berkemungkinan ditarik baik tidak lama lagi kerana kegagalan membayar ansuran bulanan.

Namun di sebalik kesusahan itu, Edy berkata pasangan berkenaan tetap mementingkan pelajaran dengan menghantar anak-anak mereka untuk bersekolah.

"Mereka ada motosikal, tapi hampir kena tarik sebab lima bulan tak bayar. Pening juga kalau lepas ni dah tak ada kenderaan untuk hantar empat orang anak yang sedang bersekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna raket pinjam, kasut buruk... Murid B40 menang badminton tapi tak diraikan akhirnya dapat perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Anak kecil takut ke tadika kena rentas titi usang! Pemuda ‘angkut geng’, jambatan 3 tahun rosak dibaiki dalam masa 4 jam

"Bagi saya, keluarga ini adalah keluarga yang paling susah sepanjang saya jalankan misi kebajikan sepanjang tahun 2024. Sedih tengok keadaan mereka.

"Nak pergi pondok mereka pun mencabar. Kena lalu kebun kelapa sawit. Mereka mandi di anak sungai yang terletak 100 meter dari pondok itu," kata Edy.

edy 2

Pondok ini menjadi saksi kepayahan hidup yang dilalui pasangan tersebut.

Tambahnya lagi, keluarga itu juga mendakwa mereka tidak pernah menerima sebarang bantuan kecuali Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja.

"Keluarga ini kata mereka ada terima STR tapi tak pernah terima bantuan lain sepanjang 18 tahun duduk di pondok itu.

"Apabila saya bawa bantuan seperti tilam, isterinya kata tak sangka sebab sepanjang 18 tahun lalu mereka tak pernah dapat bantuan begitu," ceritanya lagi.

edy 4

Edy menghadiahkan wang tunai dan kelengkapan rumah serta makanan buat mereka.

Dalam kunjungan itu, Edy menyerahkan bantuan berbentuk wang tunai, bekalan makanan serta kelengkapan rumah seperti tilam, kipas dan lampu.

Edy turut menghadiahkan kasut sukan dan kasut sekolah buat anak-anak pasangan itu.

Perkongsian Edy mengenai kunjungannya ke pondok itu meraih hampir 200,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain