suria

Gadis 14 tahun mula hidup liar, bebas ‘diangkut’ lelaki... Jiran sedih ibu bapa langsung tak kisah! - “Budak tu datang rumah kami menangis”

Remaja mula mengenal dunia luar. -Gambar hiasan

HIDUP berjiran memerlukan sikap ambil tahu dan prihatin antara satu sama lain.

Lebih-lebih lagi sekiranya kita menyedari jiran atau keluarganya mengalami masalah dan memerlukan bantuan.

Berkongsi luahan di laman sosial, seorang lelaki menceritakan tentang masalah dihadapi keluarga jirannya di sebuah kampung.

"Rumah jiran ni dihuni enam sekeluarga. Menjadi hal sekarang ni ialah apabila tuan rumah mengabaikan persekolahan anak-anaknya," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Hidup berjiran sentiasa prihatin antara satu sama lain. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut, pemuda itu berkata ketua keluarga jirannya itu tidak bekerja meskipun sihat dan berkemampuan, manakala si isteri pula baru berhenti kerja susulan anak sulung lelaki mereka yang berusia 20an sudah bekerja dengan melakukan servis penyaman udara.

"Sementara itu anak kedua tidak berkahwin tapi duduk bersekedudukan dengan teman lelaki di rumah yang sama. Dia ada seorang anak lelaki tapi tak tahu siapa bapa kepada si anak.

"Anak ketiga juga perempuan, sudah berhenti sekolah ketika usia 12 tahun dan ayah mereka tak bagi bersekolah. Sekarang budak ni dah berusia 14 tahun," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Takut miskin, saya dah kira kos” - Tengok rakan asyik sengkek, lelaki nekad tak nak ada anak walau isteri teringin

ARTIKEL BERKAITAN: Menu nasi ayam, ais krim Malaysia jentik hati ustaz... Rupanya golongan asnaf hanya miskin wang ringgit tapi kaya jiwa

Namun apa yang lebih menyedihkan apabila si bapa didakwa enggan menyediakan peluang pendidikan secara formal di sekolah buat anak-anaknya.

"Sekarang budak ni dah berusia 14 tahun, pernah datang rumah kami menangis, merayu nak sekolah. Apabila bapa dia tahu, anaknya itu terus dibelasah.

"Sekarang budak perempuan ni jadi liar, selalu ikut lelaki keluar. Anak keempat lelaki pula belajar setakat darjah tiga.

Kasihan, memang wujud mak pak macam ni. Tak kisah dan tak didik anak-anak.

WARGA MAYA

"Paling sedih anak perempuan bongsu berumur sembilan tahun pun tidak bersekolah. Pihak sekolah pernah datang ke rumah cakap pasal ketidakhadiran anaknya," katanya sambil menambah anak jirannya itu masih belum berpeluang belajar di sekolah.

Menurut lelaki itu, dia pada mulanya enggan mempedulikan tentang keadaan anak-anak jirannya kerana bimbang akan berlaku pergaduhan antara mereka.

Gejala sosial dalam kalangan remaja amat membimbangkan. -Gambar hiasan

Namun dia terpaksa melakukan sesuatu atas dasar prihatin bagi mengelak perkara lebih buruk terjadi pada anak-anak jirannya itu.

"Apabila saya lihat anak perempuan nombor tiga tu jadi semakin liar kerana ramai lelaki jemput dan hantar dia balik... saya mula risau dan kasihan.

"Anak lelaki sulung pula tak reti membaca dan menulis sehingga halam dan haram pun dia tak tahu. Anaknya itu pernah bercerita tentang dia termakan daging babi di sebuah kedai gara-gara tak tahu membaca," katanya yang mahu menyelamatkan anak-anak jirannya itu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan rasa simpati dengan nasib anak-anak jiran pengadu berkenaan.

"Kasihan, memang wujud mak pak macam ni. Tak kisah dan tak didik anak-anak. Nanti apabila dah tua nak mati baru terhegeh-hegeh dekat anak nak minta tolong jaga.

"Terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan laporkan ada pengabaian kanak-kanak di sekolah. JKM akan ambil tindakan," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain