suria

Suami kerja ‘gomen’ beli tanah, seronok dapat kelulusan LPPSA... Isteri runsing tahu gaji bersih kurang RM500, anak pula 5 orang!

Pengurusan kewangan adalah salah satu perkara penting yang memerlukan perbincangan antara suami dan isteri. -Gambar hiasan

MASALAH hutang sememangnya boleh memberi impak besar kepada hubungan suami isteri.

Bayangkan tekanan yang ditanggung setiap kali pergaduhan tercetus akibat isu hutang hingga kadang-kadang boleh membawa kepada penceraian.

Demikian juga dengan kisah dikongsikan seorang wanita ini, yang meluahkan rasa sedih kerana terlalu lama memendam rasa gara-gara suaminya tidak serik mencipta hutang.

HUTANG 2

Isu hutang boleh menjejaskan hubungan antara suami dan isteri. -Gambar hiasan

"Suami saya masuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan masih ada pinjaman yang lain. Saya selalu pesan dekat dia, berhenti buat pinjaman daripada fasa tiga hingga empat tahun kahwin.

"Tahun ni pula dia buat pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) beli tanah sedangkan saya dah nasihat kalau tak mampu jangan beli, kita ada anak tengah membesar.

"Cukuplah bagi pelajaran kalau tak mampu bagi harta tapi dia tak dengar. Sejaki dulu pun dia tak pernah dengar nasihat saya," tulisnya dalam satu hantaran di sebuah laman grup Facebook.

Tambah wanita berkenaan, 'ketagihan' suaminya akhirnya membuatkan dia menanggung akibat sehingga pendapatan bulanannya terjejas.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua belanja ditanggung, suami terkejut isteri ada hutang loan peribadi 360K! Ugut cerai jika ditanya, ajak bincang

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tadah tangan doa ‘loan’ suami tak lulus, cara halus sekat beli kereta mahal - “Hujung bulan mesti pinjam duit dengan aku”

"Gaji dia RM7,000 tapi semalam saya tanya dia yang betul-betul bersih... hanya RM300 atau RM400 sahaja. Saya tak pernah serius nak ambil tahu detail tapi sebabkan dia selalu minta dengan saya, jadi saya tanya baki gaji dia.

"Sedih sebab semua belanja makan minum anak sekolah lima orang, bayar taska, van sekolah saya yang bayar. Gaji saya hanya RM2,700 memang semuanya untuk keluarga... saya takde saving," tulisnya lagi.

Berpisah sementara, perbaiki diri, buang tabiat yang suka tambah hutang tu. Dah rasa bersedia nanti boleh rujuk kembali.

NETIZEN

Bukan mahu berkira dengan suami sendiri, namun menurutnya, sikap lelaki tersebut membuatkan dia benar-benar tawar hati sehingga terlintas untuk berpisah.

"Kadang fikir nak berpisah je tapi kesian dekat suami. Saya cuba pujuk hati sendiri, tapi kadang-kadang tewas juga dengan perasaan. Sampai bila?" luahnya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang simpati warga maya dengan rata-ratanya memberi nasihat daripada segi pengurusan kewangan dan juga hala tuju perkahwinan.

KOMEN HUTANG

Antara komen netizen terhadap kisah yang dikongsikan wanita berkenaan.

"Caranya kena bertegas walaupun nampak kurang ajar dan derhaka pada suami tapi itulah pengajaran untuk dia. Suami ni kadang pandai cari duit tapi bodoh jaga duit.

"Ketagih buat hutang ni sama macam ketagih dadah juga. Memang suami tu kena banyak-banyak bertaubat, muhasabah diri, kena kaunseling. Otak tertinggal dekat belakang apabila buat hutang, tak fikir nak bayar dengan apa.

"Berpisah sementara, perbaiki diri, buang tabiat yang suka tambah hutang tu. Dah rasa bersedia nanti boleh rujuk kembali," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain