suria

Isteri hamil berendam air mata, suami tak layan permintaan makan Suki-ya - “Dia asyik ride dengan kawan-kawan”

Emosi seorang ibu hamil mudah terganggu walaupun berkaitan hal kecil. -Gambar hiasan

UMUM menyedari ibu hamil akan melalui fasa perubahan emosi akibat pelbagai faktor termasuk berkaitan hormon.

Dalam fasa ini hati dan perasaan mereka mudah tergores lebih-lebih lagi jika kemahuan serta kehendak tidak ditunaikan.

Menerusi perkongsian seorang wanita di media sosial, dia terasa hati dengan suaminya gara-gara tidak mempedulikan permintaannya untuk menikmati hidangan di restoran makanan Jepun popular, Suki-ya.

Wanita hamil sinonim dengan keinginan untuk makan sesuatu. -Gambar hiasan

Dakwa wanita itu, lebih membuatkan dia kecewa apabila pasangannya lebih mementingkan aktiviti menunggang motosikal bersama rakan-rakannya.

"Saya tengah sarat mengandung dengan usia kandungan lapan bulan lebih.

"Tapi suami sibuk asyik pergi ride. Saya mengidam nak makan Suki-ya sejak usia kandungan tiga bulan tapi sampai sekarang suami tak bawa," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau isteri kempunan, suami beli stroller mewah harga RM23,000... Netizen tanya “boleh bergerak sendiri ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: 6 sekeluarga kempunan nasi ayam gara-gara ‘peraturan’ tak boleh sambung meja! Nak makan juga kena duduk berpisah, bil asing

Tambah wanita itu, sikap yang ditunjukkan si suami membuatkan dia kerap berendam air mata.

Ujarnya, si suami juga dikatakan pernah berjanji untuk membawanya ke restoran berkonsepkan bufet daging premium itu namun sering dihampakan.

"Memanjang cancel. Masa nak pergi ride dengan kawan-kawan laju je dia. Salah ke kalau saya terasa dengan suami?" ujarnya.

Konflik emosi yang dihadapi oleh wanita ini meraih perhatian ramai lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang pernah berdepan situasi sama.

Pergi la enjoy dengan kawan-kawan awak... cepat pergi makan sebelum beranak okey.

NETIZEN

Dalam pada itu, ada juga netizen yang memberi nasihat agar pengadu memenuhi keinginan sendiri tanpa mengharapkan suami.

"Awak tempah je e-hailing pergi makan seorang... tak pun ajak la kawan atau adik temankan. Jangan lemah sangat dik. Jauh lagi perjalanan nak hadap lelaki macam ni.

"Nak tunggu suami... lepas tu suami pula jenis tak layan makan Suki-ya ni susah. Pergi la enjoy dengan kawan-kawan awak. Cepat pergi makan sebelum beranak okey.

Komen netizen di laman X.

"Kalau dah suami tak nak, biarkan la dia wahai pengadu. Puaskan hati sendiri. Pergi je Suki-ya tu. Makan je seorang diri. Minta la duit cakap nak beli barang bayi. Sekali jalan pergi Suki-ya.

"Berapa lama lagi nak kena tunggu. Sekurang-kurangnya kena habiskan pantang bagai," komen netizen.

Sebagai peringatan bersama, seseorang suami perlu menyedari peranan dalam menyokong isteri dan memastikan insan tersayang itu tidak merasa sendirian dalam perjalanan kehamilan.

Mengutamakan masa berkualiti bersama isteri terutamanya semasa kehamilan adalah penting untuk memastikan hubungan itu tetap utuh dan harmoni.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain