KISAH mengenai seorang penyanyi wanita Kelantan serta lima lagi individu yang ditahan dalam kes dadah di Thailand kecoh dan menjadi bualan di media sosial. Turut mencuri tumpuan tentunya perkongsian seorang lelaki di aplikasi TikTok yang mendakwa dirinya pernah berdepan pengalaman sama pada 2014 dan 2015. Menurut individu itu, dia juga pernah ditahan di negara Thailand, namun akhirnya dibebaskan selepas melalui proses perundangan negara tersebut. Enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi wanita Kelantan ditahan di Thailand pada 1 November. "Kes yang berlaku di Thailand yang enam orang tersebut tu, sama 'sebiji' dengan kisah silam yang saya lalui pada tahun 2015. "Berat nak berkongsi, tetapi sedih terasa masih kekal di ingatan. Alhamdulillah, kes bicara dengan baik sehingga 'berjumpa' dengan hari kemenangan," tulisnya. Dalam hantaran berasingan, lelaki itu berkata dia tidak berniat untuk masuk campur kes enam individu berkenaan, namun sekadar mahu berkongsi cerita sahaja. Alhamdulillah, kes bicara dengan baik sehingga berjumpa dengan hari kemenangan. PENGGUNA TIKTOK "Minta maaf semua yang komen dan yang tanya saya. Saya tidak mengata mana-mana pihak, saya cuma teringat kembali. "Pada 29 Disember 2014 sehinggalah September 2015. Bila viral kes ini, saya hanya tersentuh dan berbalik (terimbau) kepada kes dahulu. "Saya tak berniat nak campur aduk kes sekarang dengan kes saya sendiri. Ini kisah benar. Jangan kecam saya, hanya kisah lama," tulisnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Urusan jual beli gula-gula dadah didakwa ‘rancak’ di platform e-dagang, individu gesa tindakan segera ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh video bual berkaitan dadah di TikTok, polis panggil 3 remaja bantu siasatan Hantaran yang dimuat naik individu itu meraih lebih 100,000 tontonan di TikTok dan turut dihujani pelbagai komen netizen. Malah, segelintir netizen turut memberi cadangan supaya individu itu membuat siaran langsung (live) di TikTok untuk berkongsi pengalamannya. "Sambunglah cerita, nak tahu, untuk ambil iktibar. Mereka yang terlibat dengan kes dadah berdepan hukuman berat sekiranya didapati bersalah. -Gambar hiasan "Mohon buat live abang, malam-malam ke, mesti ramai 'masuk' nak tahu serba sedikit," tulis netizen. Untuk rekod, seorang penyanyi dikir barat wanita dari Kelantan dan lima lagi rakyat Malaysia ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November. Pada Isnin, media melaporkan permohonan bagi mendapatkan perintah tahanan reman enam individu itu diluluskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat. Keenam-enam suspek direman sehingga tiga bulan atau 84 hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube