BUAT baik berpada-pada, risau kelak diri sendiri yang merana. Perkongsian seorang individu di Facebook untuk membantu saudaranya yang kesusahan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Namun, rata-ratanya memberi cadangan agar dia berhati-hati kerana bimbang niat sucinya itu akan menjadi masalah besar suatu hari nanti. Segelintir penyewa membiarkan rumah berada dalam keadaan kotor dan tidak terurus. -Gambar hiasan Dalam perkongsiannya, individu itu berkata dia merancang untuk memberikan tempat tinggal percuma buat saudaranya. "Saya ada sebuah rumah, dah lama tak diduduki dan berhasrat ingin membantu sebuah keluarga untuk tinggal di rumah tersebut tanpa minta bayaran sewa. "Mereka cuma akan membayar bil elektrik dan air sahaja. Rumah lengkap dengan perabot (fully furnished), peti sejuk, aircond, kipas, katil dan tilam. Jangan buat macam tu walaupun ahli keluarga sendiri. Rapat macam mana pun, orang tak akan hargai barang free. NETIZEN "Ada dapur masak, tong gas dan lain-lain. Semua barang tersebut masih baharu," tulis individu itu. Namun, dia kini dalam dilema sekiranya perlu membuat perjanjian hitam putih sebelum membenarkan keluarga berkenaan berpindah masuk ke kediaman tersebut. "Bolehkah saya buat perjanjian bertulis terhadap barang-barang sahaja yang dianggap dipinjamkan sementara sehingga mereka keluar jika dapat rumah yang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah pening layan pelajar IPT, batal janji sewa saat akhir... Duit deposit pula dah habis beli tilam, katil baharu ARTIKEL BERKAITAN: Seorang penyewa sudah cukup buat ‘owner’ pening! Liat bayar sewa, rumah sempurna berubah ‘tongkang pecah’ "Adakah perjanjian bertulis tersebut sah untuk menuntut ganti rugi jika berlaku kerosakan teruk terhadap barang-barang atau berlaku kehilangan barang di dalam rumah akibat kecuaian mereka, jika berlaku? "Mohon bantuan jawapan atau cadangan di sisi undang-undang dari tuan-tuan yang lebih arif," tulisnya lagi menerusi grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM). Susulan perkongsiannya, rata-rata warganet berpendapat pengadu tidak seharusnya bersikap terlalu baik kerana ahli keluarga juga boleh berbalah disebabkan harta benda. Perjanjian secara hitam putih perlu dibuat untuk memastikan rumah sewa sentiasa berada dalam keadaan baik. -Gambar hiasan "Jangan buat macam tu walaupun ahli keluarga sendiri. Rapat macam mana pun, orang tak akan hargai barang free. Nanti dah selesa, dia tak nak keluar satu hal, lagi satu kalau barang-barang dalam rumah tu rosak, siapa yang nak baiki? "Lebih baik buat perjanjian. Orang ni kalau dah selesa tak bayar, nanti susah nak keluar. Beri tempoh berapa lama boleh duduk free, kemudian kena bayar sewa. "Buat surat perjanjian. Tempoh menduduki sehingga diberitahu dalam masa tertentu. Jangan terlalu percaya walaupun keluarga sendiri. Kelak nanti penyesalan datang kemudian. "Jangan baik sangat, tu je nak pesan," tulis beberapa pelayar Facebook. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube