DALAM kehidupan berumah tangga, sikap saling menyokong dan melindungi pasangan adalah asas kepada hubungan yang sihat dan harmoni. Namun, ada kalanya wujud situasi di mana seorang suami tidak mempertahankan isterinya daripada gangguan atau kritikan orang luar. Sikap sebegini tanpa disedari membuatkan isteri terluka gara-gara pasangan tidak pandai menjaga hati, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh wanita ini. "Saya dah berkahwin tetapi dalam masa yang sama, kawan-kawan suami adalah kawan saya kerana saya tidak dibenarkan untuk berkawan dengan kawan yang sebelum ini. Segelintir lelaki gemar menghabiskan masa bersama rakan-rakan untuk melepaskan tekanan selepas bekerja. -Gambar hiasan "Agak selesalah juga berkawan dengan mereka ni sebab tiap kali malam nak hilangkan stres, saya mesti akan lepak santai dengan mereka di kawasan rumah bersama suami. "Tapi ada satu hari ni, salah seorang daripada mereka snap gambar saya dalam keadaan mengaibkan. Dan saya rasa itu adalah sengaja," tulisnya dalam hantaran di satu laman grup Facebook. Tambah individu yang tidak mendedahkan identiti itu, apa yang membuatkan dirinya marah adalah tindakan rakan suaminya yang berkongsi gambarnya dalam aplikasi WhatsApp sekali gus menjadi tontonan ahli grup yang majoritinya adalah lelaki. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil berendam air mata, suami tak layan permintaan makan Suki-ya - “Dia asyik ride dengan kawan-kawan” ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘tak lekat’ di rumah, tiap-tiap malam lepak dengan kawan... Isteri macam tunggul, asyik ditinggal jaga bayi 6 bulan "Disebabkan hal itu saya jadi marah dan menganggap bahawa suami saya tak terdetik sikit pun untuk pertahankan saya. "Malah dia pertahankan kawannya itu dengan alasan tak perasan gambar yang sangat aib itu," kongsinya. Dah tiba masanya kena kurangkan aktiviti lepak-lepak. Tak sesuai kot untuk yang dah berkahwin ni. Elok lepak dengan keluarga sendiri je. NETIZEN Tambah wanita tersebut, dia mengakui dirinya bukanlah seorang wanita yang alim dan masih belum menutup aurat dengan sempurna namun itu bukanlah alasan untuk dirinya diperlakukan sedemikian rupa. Menurutnya, biarpun pelaku sudah memohon maaf namun hatinya agak keberatan untuk memberikan kemaafan selepas apa yang berlaku. "Saya rasa agak terganggu. Mungkin silap saya tapi gambar itu agak tak manis untuk seorang perempuan. Apa yang saya perlu lakukan? Rimas orang contact berkali-kali," tulisnya lagi. Suami dan isteri perlu berkomunikasi untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berbangkit. -Gambar hiasan Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menasihatkan supaya wanita berkenaan meluahkan isi hati dan berbincang dengan suami agar situasi yang sama tidak lagi berulang. "Kenalah beritahu suami supaya tegas sikit lindungi orang rumah sendiri. Kawan tu kawan juga, tapi isteri lebih penting kan. "Mungkin dah tiba masanya kena kurangkan aktiviti lepak-lepak. Tak sesuai kot untuk yang dah berkahwin ni. Elok lepak dengan keluarga sendiri je. "Mungkin dah tiba masanya akak tutup aurat... perlahan-lahan. Barulah orang lebih hormatkan kita. Sekadar pandangan," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube