BAGI sesetengah individu, menghirup minuman sambil membaca buku bersendirian atau bersantai dengan rakan-rakan di kafe adalah salah satu cara untuk menikmati 'me time' selepas selepas penat bekerja. Biarpun ia adalah lokasi awam, namun ramai berpandangan kafe bukan tempat terbaik untuk melakukan perbincangan yang serius. Jika sebelum ini timbul perdebatan di media sosial mengenai golongan pelajar menjadikan kafe sebagai tempat membuat tugasan, terbaharu seorang individu pula menjadi sasaran selepas berkongsi kisahnya ditegur pengunjung lain kerana melakukan mesyuarat secara dalam talian (online meeting) di sebuah kafe. Kafe atau kedai kopi menjadi lokasi terbaik untuk bersantai bersama rakan-rakan atau bersendirian. -Gambar hiasan "Aku baru ditegur oleh mat saleh dekat kedai kopi ni (indoor) sebab aku buat online meeting dekat meja sebelah dia. "Dia kata... it's very annoying. If I'm doing a phone call I will go outside. "Lepas tu aku jawab... it’s a public place. Kalau rasa annoying, dialah pakai earphones," tulisnya dalam satu hantaran di laman X. ARTIKEL BERKAITAN: “Bila dengar tu sumpah puas!” - Ada pelajar tak tahu common sense, bawa selimut berkampung di McD, harap suasana study macam library! ARTIKEL BERKAITAN: Syok ‘berkampung’ di McD, siapa bising kena jeling! Pelanggan bengang geng pelajar study di restoran tapi mahu suasana sepi Tambah individu tersebut, dia ketika itu memakai fon telinga (earbuds) untuk mengelakkan suasana menjadi bising, namun memperlahankan suaranya selepas ditegur oleh warga asing itu. "Lepas aku cakap macam tu, aku pun cakap slow sikitlah tapi aku struggle sebab earbuds aku faulty. Aku dengar orang cakap tapi orang tak boleh dengar aku cakap. "Aku pakai earphones most of the meeting. Lepas tu aku tukar kepada phone (buat meeting online tapi style macam calling). "Suara aku tak kuat. Aku tak jerit. Aku tahu jaga volume suara. Aku duduk dekat hujung... right at the corner," ceritanya lagi menjelaskan situasi sebenar. Orang pergi kafe nak relaks dan chit-chat, bukan dengar orang lain meeting. NETIZEN Jelasnya lagi, dia memilih untuk ke kafe kerana selepas mengadakan mesyuarat dalam talian, lokasi yang sama akan diadakan perjumpaan (physical meeting) bersama rakan sekerjanya. Hantaran berkenaan mengundang reaksi bercampur daripada warga maya, namun rata-ratanya mengecam individu tersebut kerana menyifatkan tindakannya memang menjengkelkan dan mementingkan diri sendiri. Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. "Ada working space yang boleh disewa bang. Kalau dekat KL ni berlambak meeting space. Tak rasa rimas ke dengan suasana bising, dengan mata-mata yang memandang... belum lagi yang memaki diam-diam sebab buat meeting tak kena tempat. "Walau pakai headphone pun, orang masih boleh dengar suara awak. Orang pergi kafe nak relaks dan chit-chat, bukan dengar orang lain meeting. "Sejujurnya saya lepak cafe selain daripada untuk makanannya, sudah tentu juga untuk suasananya. Tengah nak chill, tiba-tiba nak kena hadap orang memekak meeting," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube