KES wanita yang diugut dengan foto dan video lucah bukanlah satu perkara yang baru. Biasanya mangsa akan berdepan ugutan ini selepas mereka berpisah dengan teman lelaki masing-masing. Di Facebook, seorang wanita meraih perhatian selepas berkongsi kisahnya yang kini sedang diugut oleh bekas teman lelakinya. Kaum Hawa tidak sepatutnya meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada teman lelaki mereka. -Gambar hiasan Lebih membimbangkan, dia dipaksa menyerahkan wang RM50,000 sekiranya tidak mahu foto aib itu tersebar. "Saya diperas ugut oleh bekas kekasih. Dia meminta saya untuk berikan wang sebanyak RM50,000. "Permintaan tersebut supaya dia tidak menyebarkan gambar aib saya kepada keluarga atau sesiapa sahaja," dakwanya menerusi perkongsian pada 3 November lalu. Terus ke balai polis (buat laporan)... lain kali beringat tentang dosa berzina, rosak keturunan. WARGA MAYA Wanita itu turut bertanya pendapat orang ramai di grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM) sekiranya dia boleh mengambil tindakan ke atas bekas kekasihnya itu. "Apakah tindakan yang patut saya lakukan? Jika saya membuat laporan polis, apakah tindakan yang polis akan ambil? "Bekas kekasih saya beri tempoh sampai Ahad (10 Novermber) ini sahaja. Mohon sangat berikan nasihat tentang tindakan yang perlu saya buat," luah mangsa lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 3 bulan nikah, remuk hati tengok video kelucahan melampau bakal isteri - “Aku punyalah jaga batas pegang tangan” ARTIKEL BERKAITAN: Suami menggeletar jumpa video seks isteri, dalam diam sakan layan nafsu dengan rakan sekerja! Di ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook menyarankan agar wanita itu segera membuat laporan polis. Malah, dia turut diminta untuk menyimpan segala bukti termasuklah tangkap layar mesej dengan lelaki berkenaan. "Screenshot semua chat, buat laporan polis. Mangsa perlu membuat laporan polis sekiranya mereka diugut. -Gambar hiasan "Lapor polis terus. Jangan takut. Dia akan didakwa. "Buat laporan saja. Kawan saya pernah kena macam ni dulu. Ini kes ugutan. "Terus ke balai polis (buat laporan). Lain kali beringat tentang dosa berzina, rosak keturunan," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube