suria

Ibu klien banyak songeh, marah CL suruh anak dan cucu mandi pagi... Siap ungkit cara arwah maknya berpantang - “Kami ni keturunan asma”

Ketika ini sudah banyak perkhidmatan penjaga pantang untuk memudahkan urusan para ibu yang baharu melahirkan bayi. -Gambar hiasan

KETIKA ini sudah banyak perkhidmatan yang menawarkan pakej penjaga pantang atau confinement lady (CL), sekali gus memudahkan para ibu yang baru bersalin.

Pakej yang ditawarkan pula terdiri daripada pelbagai variasi, justeru pelanggan hanya perlu memilih berdasarkan bajet masing-masing.

Seperti mana perkhidmatan lain yang banyak berdepan dengan kerenah pelanggan, CL juga tidak terkecuali.

Dalam satu perkongsian di TikTok, seorang CL berkongsi pengalaman buruknya berdepan dengan seorang klien yang bukan sahaja cerewet tetapi besar kepala.

Menurut CL berkenaan, dia dihubungi seorang klien berpangkat makcik yang menempah salah satu pakej berpantang buat anak perempuannya yang baharu melahirkan anak.

cl 1

Amalan berpantang sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita. -Gambar hiasan

"Dia beritahu anaknya banyak koyakan di bawah. Anak dia pilih pakej pantang A iaitu 2 jam 30 minit. Dalam pakej tu ada semualah daripada berurut, tungku, sauna, tangas dan uruskan bayi.

"Segalanya bermula sehari sebelum aku datang. Macam biasa sebelum datang rumah klien, aku WhatsApp beritahu nak buat apa.

"Aku hanya update menerusi dia, bukan anak dia. Aku beritahu...esok saya sampai, saya mandikan baby dulu ya. Sambil tunggu ibunya mandi, lepas tu baru kita urut dan tungku. Dia balas... awalnya.

"Lepas tu berderet dia hantar voice note sampai tak sempat nak dengar satu-satu sebab tengah drive," tulisnya dalam perkongsian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu banyak songeh, tak sokong anak perempuan guna khidmat CL... Beri alasan tak selesa orang luar masuk rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap kali balik mengurut, mesti buka cerita aib klien! Ibu hamil ‘pangkah’ saudara sendiri jadi CL, rela upah orang luar

Menurut CL tersebut, menerusi voice note yang dihantar, wanita berkenaan meluahkan rasa tidak berpuas hati kerana anak perempuan dan cucunya perlu mandi pada awal pagi.

"Aku reply voice note beritahu baby mandikan dengan air suam. Lagi panjang bebelan dia

"Kalau arwah mak akak masih ada, dia marah tau orang berpantang dengan baby mandi awal sangat. Kami ni keturunan asma. Memang mandi dengan air suam tapi dia kecil lagi tetap sejuk," demikian antara rungutan wanita berkenaan.

Walaupun dibalas dengan baik, ujar CL tersebut, wanita berkenaan tetap mahu menegakkan cara berpantang seperti arwah ibunya malah mencadangkan untuk anak perempuan dan cucunya mandi sekitar pukul 11 pagi.

Time pantang mandilah awal, kita akan rasa badan cepat kuat. Kalau tak, lemau.

NETIZEN

Apabila memberitahu pakejnya harus bermula lebih awal kerana mempunyai klien lain pada pukul 10.30 pagi, CL itu berkata, amukan wanita berkenaan semakin dahsyat.

Malah dia siap mengungkit pakej berpantang yang ditawarkan tidak berbaloi dengan harga kerana hanya sekitar tiga jam.

Tidak tahan mendengar kliennya 'meroyan' ditambah enggan memanaskan keadaan, CL tersebut membuat keputusan untuk menarik diri dan memulangkan semula (refund) wang deposit yang sudah dibayar.

"Pertama sekali, urut orang bersalin ni satu sesi paling lama pun 60 minit. Badan orang tu pun masih sakit-sakit lagi. Kalau hari pertama urut tiga jam, esok dia demam urat pula.

"Bidan dulu-dulu bukan mengurut lama tapi bersembang yang lama. Kau carilah CL yang boleh urut anak kau dari pagi hingga petang.

"Tak nak mandikan awal, benda boleh bincang tapi dia dah melalut, pasal cara pantang arwah mak dia la, asma la, cara aku mengarutlah.

"Aku yang ambil Diploma Terapeutik dan Diploma Postnatal ni pula yang mengarut. Makcik sajalah jadi bidan," luahnya lagi.

komen cl

Reaksi netizen terhadap perkongsian CL berkenaan.

Perkongsian CL berkenaan mengundang perhatian warga maya malah rata-ratanya menyokong tindakannya kerana tidak meneruskan perkhidmatan terhadap anak wanita berkenaan.

"Mak aku, kalau pukul 7 pagi aku tak bangun, dia dah kejut suruh mandi cepat-cepat sebab pukul 8 pagi makcik urut nak datang. Dua kali beranak, pukul 7 pagi dah siap mandi.

"Mandi pukul 11 pagi lagi banyak penyakit melekat. Aku dulu mandi paling lewat pukul 8 pagi.

"Time pantang mandilah awal, kita akan rasa badan cepat kuat. Kalau tak, lemau. Apa yang makcik ni nak sebenarnya," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain