PELUANG menghadiri temuduga kerja wajar digunakan sebaik-baiknya oleh setiap calon untuk menampilkan sisi terbaik diri masing-masing, apatah lagi jika melibatkan syarikat besar dengan posisi jawatan yang menawarkan gaji lumayan. Sudah tentulah setiap calon akan melakukan persediaan rapi sebelum mengadiri temuduga, antaranya memastikan dokumen penting dibawa, berpenampilan kemas, melakukan kajian mengenai syarikat atau jawatan yang dipohon dan sebagainya. Biarpun begitu, sebenarnya terdapat pelbagai aspek yang diteliti oleh penemuduga selain daripada keputusan cemerlang dan penampilan fizikal, salah satunya adalah karakter calon. Dalam satu hantaran di laman X, seorang pensyarah berkongsi kisah seorang pelajarnya yang tidak berjaya dalam satu temuduga kerja biarpun cemerlang dalam akademik. Setiap calon perlu melakukan persediaan yang rapi sebelum menghadiri temuduga. -Gambar hiasan "Ada seorang first class student, pergi interview. Tapi kena reject. "Bila lecturer dapatkan feedback, interviewer kata 'sebab dia tak gelak bila dengar lawak saya'. "Rasa macam kelakar kan? Tapi actually interviewer dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dengan calon itu," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri menyibuk ikut masuk sesi temu duga kerja, suami tebal muka mohon maaf lepas ditegur... Siap jeling sebelum keluar! ARTIKEL BERKAITAN: Calon ‘interview’ dah lama ‘terpacak’ luar bilik disangka tak hadir! Penemu duga tertipu, pesan gambar resume jangan guna filter Dia turut berkongsi pengalamannya sendiri ketika menghadiri temuduga kerja sebelum ini, yang secara tidak langsung mempunyai hubung kait dengan kes pelajarnya itu. "Masa saya hadiri interview dulu, saya pernah tanya penemuduga, 'apa yang pihak anda cari dalam diri seorang calon?' "Dia jawab, 'seseorang yang saya selesa untuk bekerja bersama-sama.' "Dalam kes ni, saya fikir penemuduga rasa tak selesa dengan candidate tu. Sebab itu dia tolak," kongsinya lagi. Kita tak nak 'introvert' yang tak boleh bergaul terutama kerja melibatkan 'teamwork' dan komunikasi. NETIZEN Tambahnya lagi, penemuduga yang semestinya mempunyai pengalaman luas apatah lagi sudah bertemu dengan ratusan calon semestinya mempunyai kepakaran dalam menilai karakter seseorang. Perkongsian individu berkenaan mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya sependapat malah mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika menghadiri temuduga. Antara komen warga maya terhadap perkongsian berkenaan. "Saya setuju. Jawapan skema semua orang boleh hafal. Tapi cara pembawaan diri dengan kasual, macam mana interaksi dengan panel itu yang orang nak tengok, boleh kerja dengan orang lain atau tidak di tempat kerja nanti. "Kita tak nak 'introvert' yang tak boleh bergaul terutama kerja melibatkan 'teamwork' dan komunikasi. "Pandai dekat buku, tak semesti pandai dalam soft skill atau human communication," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube