suria

Stres mentua, adik ipar pemalas tinggal serumah... Belanja bulanan naik mencanak - “Dia kumpul ‘pad’ dah guna di tandas”

Ada segelintir pasangan terpaksa tinggal sebumbung bersama keluarga mentua disebabkan pelbagai faktor. -Gambar hiasan

BAYANGKAN apabila melihat rumah kita dalam keadaan bersepah dan berbau setiap kali pulang dari tempat kerja, pasti timbul rasa tertekan serta stres, bukan?

Itulah situasi yang ditempuh oleh seorang wanita sejak enam bulan lalu, selepas keluarga mentuanya datang menumpang.

Menurut wanita berusia 28 tahun dan baru 10 bulan mendirikan rumah tangga itu, sebelum ini ibu dan bapa mentuanya tinggal bersama abang sulung suaminya.

"Tapi sebab mak mentua tak berkenan sangat dengan biras saya, dia decide nak duduk dengan kami. Masa tu baru empat bulan kahwin. Takkan husband nak say no. Sekarang dah enam bulan duduk sekali, seksa jiwa," tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di laman X.

MENTUA 1

Salah satu punca perselisihan faham antara pasangan suami isteri adalah kerana campur tangan keluarga. -Gambar hiasan

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, apa yang membuatkan dia geram apabila mentua dan seorang adik ipar perempuannya yang turut tinggal bersama langsung tidak menjaga adab sebagai orang yang menumpang.

"Rumah suami bayar, bil utiliti dan internet saya bayar. Sejak mentua duduk, belanja rumah bertambah-tambah.

"Ibu mentua bukan seorang yang pengemas. Suka kumpul barang dan tak kemas, masak pun tidak. Jadi kami balik kerja rumah bersepah, dapur singki penuh. Setiap kali lepas laundry dan kering, bergunung baju atas sofa.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jengkel mentua pantang tengok anak menantu senang! Pergi bercuti dianggap berduit, hari gaji laju mesej minta ‘bahagian’

ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua mulut lancang, isteri baru faham kenapa suami buang keluarga sendiri! Dipaksa melutut minta maaf ketika raya

"Setiap kali balik kerja kena belikan makanan untuk tiga orang dekat rumah sebab mak mentua malas masak," tulisnya.

Lebih geram, adik iparnya juga mengikut jejak langkah ibu mentuanya yang pengotor walaupun sudah besar panjang.

Cari rumah sewa duduk berdua dan jual rumah tu. Cari yang kecil je... biar mereka tak dapat nak menumpang dah.

NETIZEN

"Adik ipar tak pernah ambil tahu, hanya pergi balik kerja. Bilik air sampai berlumut dan berbau sebab adik ipar kalau seminggu period, seminggulah dia kumpul 'pad' dia dalam plastik di tandas," luahnya lagi.

Tambah wanita tersebut, suaminya sudah beberapa kali membuat teguran namun ketiga-tiganya tetap tidak berubah.

"Saya stres sangat sebab kos naik, tak ada privacy. Penat sangat. Kesian husband macam serba salah tapi saya sakit hati sangat dah," kongsinya lagi.

KOMEN MENTUA

Reaksi netizem terhadap perkongsian individu berkenaan.

Menjengah ruangan komen, warga maya yang simpati dengan nasib wanita berkenaan tampil memberikan pelbagai cadangan sebagai solusi kepada masalahnya.

"Contact biras, tanya dia buat apa sampai mak mentua tak berkenan. Jadi awak buat benda yang sama sampai anak-beranak tu angkat kaki.

"Minta husband berbincang dengan adik beradik dia carikan satu rumah untuk parents. Share la bayar bulan-bulan.

"Cari rumah sewa duduk berdua dan jual rumah tu. Cari yang kecil je... biar mereka tak dapat nak menumpang dah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan