suria

Wanita panik anak menjerit, dengar bunyi gas kuat... Berlaku sesuatu tak dijangka sampai menggigil, trauma masuk dapur

Hos paip tertanggal menyebabkan situasi di dapur menjadi panik. -Gambar hiasan (kanan)

TANPA diduga, bahaya datang tidak kira masa dan di mana sahaja sehingga boleh mengancam nyawa walau berada di rumah.

Begitulah yang dilalui seorang suri rumah apabila berdepan detik cemas selepas melihat hos dapur gas dikatakan tercabut di rumahnya.

Dalam kejadian pada 7 Oktober lalu, perkara itu hanya disedari anaknya selepas mendengar bunyi gas kuat ketika berada di ruang tamu bersama anak-anak selepas selesai memasak.

Tangan wanita itu menggeletar selepas situasi menjadi tenang.

"Anak terdengar bunyi. Mula-mula saya dengan anak-anak sangka bunyi water pump. Tapi bunyinya lain pula, lagi kuat dari water pump tu.

"Rupanya gas... terus anak menjerit. Mama, gas bau kuat ni mama! Saya pun berlari ke dapur. Agak panik juga sebab tengok tombol gas tutup," katanya yang dikenali sebagai Anna.

Dalam ketakutan, dia kemudian segera bertindak mencabut kepala gas untuk menghentikan pengeluaran gas daripada tong.

Menerusi hantaran video di TikTok, wanita berkenaan sempat merakam keadaan tangannya yang menggeletar akibat terkejut berhadapan dengan kejadian yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Panik! Pengecas telefon meletup sewaktu pesawat sedang terbang

ARTIKEL BERKAITAN: Pressure cooker tiba-tiba meletup, seperiuk sup ‘simbah’ badan! Wanita menggigil sejuk, 3 kali mandi sebelum dibedah

Menurut Anna, dia dan anak-anak bagaimanapun bersyukur kerana selamat dalam kejadian itu dan tiada perkara buruk yang berlaku.

"Jantung punyalah laju. Badan pun menggigil dan tangan dah macam Parkinson (terketar-ketar) semasa kejadian.

"Rasa sudah hilang sikit bau baru tengok belakang bahagian dapur. Pelik macam mana hos tu boleh tertanggal," katanya.

Ikutkan hati, dapur gas pun nak buang... punya la takut

ANNA

Kejadian yang berlaku di rumahnya itu bagaimanapun membuatkan Anna trauma untuk melakukan aktiviti di dapur.

"Takutnya sampai ke hari ini tak guna dapur tu. Wayar hos dan kepala gas (digunakan ketika kejadian) tu terus buang dah.

"Ikutkan hati, dapur gas pun nak buang kerana takut," ujarnya lagi.

Kisah dikongsikan Anna meraih simpati dalam kalangan netizen di ruangan komen.

Pada masa sama, rata-rata ntizen memberikan cadangan sebagai langkah keselamatan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Komen warga maya di TikTok.

"Saya jenis penakut pakai gas. Sejak 2016 saya guna induction cooker (dapur induksi), sampai la sekarang.

"Sebab hos gas, lama-lama akan ada minyak. Jadi hos akan senang tercabut kalau ikat tak kuat. Rajin-rajin suruh suami periksa hos gas tu,"

"Maaf saya rasa sebab saluran getah paip tu dah keras. Mudah tercabut sebab penuh dengan minyak dan akan berlumut jadi mudah tercabut dengan sendirinya," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan