suria

Nekad ‘resign’ sebab gaji tak cukup, rupanya surat berhenti kerja dedah isu lain... Sindir halus majikan punca jadi gemuk

Kegemukan membuat seseorang itu dilema dalam hidup. -Gambar hiasan

BANYAK sebab seseorang itu mahu berhenti kerja, sama ada mendapat peluang kerjaya lebih baik atau tidak berpuas hati dengan persekitaran kerja.

Bahkan masalah kesihatan kehidupan peribadi juga merupakan antara faktor segelintir mereka membuat keputusan untuk meletakkan jawatan.

Kuat makan kerana tidak gembira menjadi alasan individu berhenti kerja. - Gambar hiasan

Banyak faktor menyebabkan selera seseorang itu bertambah. -Gambar hiasan

Maka tidak hairanlah ada yang mengambil insiatif dengan mengemukakan alasan untuk berhenti kerja sebagai pertimbangan kepada pihak majikan.

Namun, seorang pengguna media sosial menjadi perhatian apabila berkongsi satu surat perletakan jawatan yang memberikan alasan yang tidak disangka-sangka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja baharu tak kena dengan jiwa, wanita nak serah notis berhenti 24 jam... Tunggu dapat gaji sebulan terus nak WhatsApp HR

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu nak berhenti lepas 5 tahun kerja, tak mampu teruskan... Makin serabut disuruh tubuh pasukan ragbi perempuan di sekolah

"Tuan tahu mengapa saya ingin meletak jawatan? Ini semua adalah kerana saya bekerja dengan tuan, gaji saya tidak cukup. Bila gaji saya tak cukup saya tak gembira. Apabila saya tidak gembira, saya makan banyak.

"Bila saya makan banyak, saya gemuk," tulisnya menerusi surat berkenaan yang dimuat naik di laman sosial sehingga menjadi tular.

Tambahnya, keadaan yang dialaminya itu secara tidak langsung akan menjejaskan syarikat berkenaan.

"Bila imej syarikat tuan terjejas, perniagaan tuan juga turut terjejas," ujarnya lagi.

Reaksi warga maya

Reaksi warga maya berhubung hantar yang tular.

Individu berkenaan turut memberi alasan sekiranya dia masih berkhidmat di organisasi tersebut, impak negatif itu juga akan terpalit kepada majikannya.

"Bila perniagaan tuan terjejas, tuan tak gembira. Bila tuan tak gembira, tuan makan banyak dan tuan pun jadi gemuk macam saya. Jadi tolong luluskan permohonan saya," menurut tulisan itu lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menyifatkan individu itu tidak perlu memperincikan sebab dirinya mahu meletakkan jawatan, sebaliknya memberikan notis berhenti kerja sudah memadai.

"Sepatutnya bukan tulis mohon berhenti kerja. Tulis ini adalah notis berhenti kerja bermula bila. Akhir sekali tulis juga. Notis ini adalah muktamad.

"Hak pekerja untuk berhenti. Walaupun tiada alasan kukuh dan tak perlu pun sebarang alasan pun untuk berhenti. Hanya perlu beri notis bukan permohonan," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan