suria

Ibu bawa anak ke balai, huru hara ditunjukkan lokap... Tak sangka polis ‘sporting’ bagi kerjasama, harap dapat pengajaran

Ramai netizen memuji tindakan Syuhada yang membawa anaknya ke balai polis.

SETIAP ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.

Ada ibu bapa yang masih menggunakan rotan, namun ramai juga yang memilih pendekatan lebih lembut, berbeza dengan cara didikan orang dulu-dulu yang lebih tegas.

Di aplikasi TikTok, seorang wanita turut meraih perhatian ramai kerana menggunakan kaedah luar biasa dalam mendidik anaknya.

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. -Gambar hiasan

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. -Gambar hiasan

Menurut Syuhada Zahri, dia bertindak 'menyerahkan' anak lelakinya ke balai polis gara-gara gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh gurunya di sekolah.

"Kita simpan kenangan kat sini. Al kisahnya cikgu WhatsApp, anak tak siap kerja sekolah. Bila tanya kat rumah, jawapan dia mesti (kerja) dah siap kat sekolah.

"Malas nak bising-bising dah. Umur makin meningkat ni. Mama serah je kat polis," tulis wanita itu pada ruangan kapsyen.

Sebagai cikgu, saya terima kasih sangat-sangat pada ibu ayah yang concern dalam pembentukan sahsiah anak.

GURU

Dia turut memuat naik sekeping foto, memaparkan anaknya yang bernama Syauqi sedang duduk berhadapan dengan seorang anggota polis.

Dalam hantaran sama, Syuhada turut memuji pihak polis yang memberi kerjasama dalam menjayakan perancangannya itu.

"Elok pula polis bagi 'kerjasama' padu. Yang datang bawa gari tu tak menahan. Yang dah tunjuk lokap tu, lagilah huru-hara Syauqi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita panik anak menjerit, dengar bunyi gas kuat... Berlaku sesuatu tak dijangka sampai menggigil, trauma masuk dapur

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa terkedu dapat soalan cepumas gara-gara isteri hamil... Ibu terhibur gelagat anak, tak sangka ada mesej tersirat

"Yang standby kereta polis tu merealisasikan hajat mama nak bentukkan Syauqi anak comel ni," tulis wanita itu lagi.

Perkongsian wanita itu menerima 1.9 juta tontonan di aplikasi TikTok, malah ia turut dihujani pelbagai komen netizen.

"Anak aku dulu main game, aku hantar pergi balai polis. Polis tengking sampai menangis, sampai terkejut, tiga hari takut. Lepas tu sampai sekarang dah tak main game.

"Saya pun bawa anak ke balai polis. Belum masuk pagar lagi anak dah meraung.

Kanak-kanak biasanya akan takut jika diugut untuk diserahkan kepada polis. -Gambar hiasan

Kanak-kanak biasanya akan takut jika diugut untuk diserahkan kepada polis. -Gambar hiasan

"Saya ingatkan saya seorang je bawa anak pergi balai polis, rupanya ada ibu bapa lain yang ikut macam ni," tulis netizen.

Seorang pelayar TikTok yang bekerja sebagai guru turut meninggalkan komen memuji tindakan wanita itu.

"Sebagai cikgu, saya terima kasih sangat-sangat pada ibu ayah yang concern dalam pembentukan sahsiah anak.

"Pembentukan anak bermula dengan didikan di rumah," tulis guru berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain