suria

Selepas diraba pelajar, cikgu dimarahi pula mak ayah pelaku! Guru praktikal terkejut saksi akhlak budak zaman sekarang

Batas antara pelajar dan guru perlu dijaga dengan sebaiknya. -Gambar hiasan

GURU umpama lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain, tidak hairanlah golongan ini wajar dihormati oleh setiap individu, tidak terhad kepada pelajar sahaja.

Namun begitu, generasi masa kini dilihat cenderung bertindak biadab terhadap guru tanpa rasa bersalah.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah menzahirkan rasa jijik dengan perbuatan pelajar yang didakwa berani melakukan gangguan seksual, sedangkan mereka masih bawah umur.

Pelajar yang mempunyai masalah disiplin perlu dibimbing kembali ke pangkal jalan. -Gambar hiasan

Malah apa yang lebih mengecewakan dirinya apabila ibu bapa kepada pelajar terbabit dikatakan bersikap kasar dan menyalahkan kembali pihak sekolah.

"Saya umur 26 tahun, saya jadi guru praktikal di sebuah sekolah menengah, baru-baru ni ada kes pelajar raba cikgu perempuan. Memang betul budak tu yang bersalah, terang lagi bersuluh dia buat gangguan seksual.

"Cuma jadi isunya sekarang ni, ibu bapa budak tu nak menegakkan benang yang basah, sampai cikgu yang jadi mangsa kena raba tu diherdik balik oleh parents.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat ‘result’ teruk, ibu jaja aib anak di media sosial... Ungkit pengorbanan tidur lewat sebab mengajar, tetap tak pandai juga

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu otai ‘sekolahkan’ rakan sejawat suka kongsi aktiviti pelajar! Salah eja ‘because’ pun kecoh, canang di media sosial

"Apa nak jadi budak zaman sekarang ni? Terlalu dimanjakan, besar nanti mereka ni jadi orang atau tak agak-agaknya, semoga ibu bapa tu boleh sedar sebelum terlambat," ujar guru wanita tersebut.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya turut menggesa guru itu supaya menegakkan keadilan dan tidak hanya berdiam diri.

Hanya cikgu yang tahu perangai sebenar anak dekat sekolah, jadi kalau cikgu tegur, ibu bapa tolonglah terima dengan hati terbuka.

WARGA MAYA

"Jangan biarkan kes ni ditutup macam tu je, risau nanti wujud sentimen nak jaga nama baik sekolah. Kumpul bukti budak tu buat gangguan seksual dan bawa terus ke polis, bagi pelaku merasa masuk sekolah juvana.

"Ibu bapa sekarang memang ramai yang bebal, sanggup butakan mata sebab terlampau sayangkan anak, padahal anak tu dah buat perangai tak semenggah. Kalau tak ajar, lagi melarat nanti.

Pelayar bertukar pandangan.

"Sekolah saya dulu pun pernah ada kes macam ni, murid buat sentuhan tak sepatutnya dekat cikgu praktikal perempuan. Tapi cikgu tu sendiri yang pilih untuk tak ambil tindakan, dia beritahu kami pun selepas selepas dia sudah habis praktikal.

"Hanya cikgu yang tahu macam mana perangai sebenar anak dekat sekolah, jadi kalau cikgu tegur, ibu bapa tolonglah terima dengan hati terbuka. Jangan hanya nak melenting je," demikian kata pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain