suria

Tetamu sibuk nak bergambar, jurufoto simpati raja sehari tak sempat makan! Lagi kesian, lauk pengantin pun kena ‘bedal’

Kesibukkan pengantin melayan tetamu bergambar kadang-kala menyebabkan mereka kelaparan. - Gambar hiasan

MAJLIS perkahwinan adalah hari paling mendebarkan dan amat bersejarah buat pasangan pengantin yang diraikan sebagai raja sehari oleh raka-rakan dan ahli keluarga.

Apa sahaja yang melibatkan pengantin, bermula persalinan yang dipakai, tradisi makan beradab, acara memotong kek hingga bersanding di pelamin, pasti menjadi tumpuan para tetamu.

Bagi hadirin yang dijemput, rata-ratanya tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam gambar dan video pasangan pengantin tetapi dalam beberapa situasi, ia kurang disenangi oleh jurugambar.

Ada beberapa situasi makanan pengantin juga tidak sempat dijamah kerana dimakan oleh pihak lain. - Gambar hiasan

Makanan pengantin biasanya akan dimakan oleh pihak lain. -Gambar hiasan

Seorang jurugambar majlis perkahwinan mengakui bersimpati dengan kebanyakan pasangan pengantin yang dilihat terlalu penat dalam melayan tetamu yang dilihat tidak beradab.

"Aku kesian kat pengantin baru nak makan kau datang nak ambil gambar. Pengantin baru sesuap kau heboh nak ambil gambar. Sabar sikit la weh, pengantin dah la tak makan dari pagi, potong selera .

"Aku sebagai jurugambar kesian gila kat pengantin dapat tetamu tak reti hormat masa ni," luahnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Saudara-mara buat kacau majlis kenduri, tambah jemputan sendiri! Pengantin malu makanan tak cukup, goodies habis

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar terkejut sepasang pengantin tapi ada 3 pelamin dalam rumah, mungkin pengalaman sekali seumur hidup

Katanya, tempoh pasangan pengantin makan tidak begitu lama dan sebagai tetamu mereka seharusnya bersabar seketika.

"Rasanya boleh je tunggu kejap. Kesian pengantin bayar katering maal-mahal tapi lauk pengantin dapat rasa air sirap dengan nasi kosong je. Kadang sebab kena kacau ambil gambar," katanya.

Pernah sampai ada yang pengsan sebab tak sempat nak jamah makanan.

NETIZEN

Perkongsian jurugambar berkenaan mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya.

Malah, berlaku juga situasi makanan pengantin tidak sempat dijamah kerana dimakan oleh pihak lain.

"Kadang yang kesian lauk pengantin pun kena sapu sekali dek kerana kerakusan tetamu. Saya dulu jaga katering hotel, selalu dah tengok yang macam ni. Pengantin tak sempat suap makanan pun dah kena sapu siap-siap," kata warga maya.

Reaksi netizen

Reaksi netizen.

"Kena bagi pengantin makan kenyang-kenyang. Mereka perlu tenaga sampai ke petang nanti. Kalau nak ambil juga sekeping dua gambar dan pengantin biar duduk. Kemudian cepat beredar.

"Tak perlu kat situ juga nak selfie nak berborak. Kesian, pernah sampai ada yang pengsan sebab tak sempat nak jamah makanan," kata beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain