suria

Budak umur 4 tahun mengadu mulut dicium ‘abang jahat’! Rupanya ‘kerja’ anak pengasuh, pelajar tingkatan 5

Ibu tertekan anak perempuannya dicium 'abang jahat'. -Gambar hiasan

ISU membabitkan pengasuh adalah masalah yang sering dihadapi oleh pasangan suami isteri yang bekerja.

Sebagai ibu bapa, mereka pasti mahukan setiap anak berada dalam keadaan selamat dalam jagaan pengasuh sepanjang tempoh mencari rezeki setiap hari.

Namun, bukan semua ibu bapa bernasib baik dan diberi rezeki mendapat pengasuh yang baik.

Jika baik sekali pun, mungkin persekitaran atau orang sekeliling pula bermasalah.

Setiap ibu bapa mahukan yang anak mereka selamat dibawah jagaan pengasuh. - Gambar hiasan

Setiap ibu bapa mahu anak mereka selamat di bawah jagaan pengasuh. -Gambar hiasan

Itulah situasi dialami seorang ibu apabila mendakwa anak perempuannya yang berusia empat tahun dicium di bahagian mulut oleh anak pengasuh.

"Hari ni, anak saya cakap abang (anak pengasuh) cium mulut dia. Saya dah ajar dia tak boleh cium mulut.

"Saya kata kan ibu dah cakap tak boleh cium mulut dan dia kata abang cakap lawak-lawak je," kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh selalu bagi bayi tengok TV, ibu muda nak tegur tapi takut sentap! Terhutang budi sebab sudi jagakan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Mak-mak stres hadap pengasuh jenis suka hati cuti... Suami sakit pun tak boleh mengasuh, bayar bulanan mau penuh!

Menurut wanita ini, pengasuh itu mempunyai tiga cahaya mata lelaki masing-masing berumur 20an, 17 tahun serta 12 tahun dan apabila ditanya, anaknya memaklumkan perbuatan itu dilakukan oleh anak kedua.

"Bila saya tanya anak, dia mengaku bukan abang achik yang umur 12 tahun yang buat.

"Katanya 'abang jahat' tingkatan lima yang buat. Anak saya panggil dia 'abang jahat'," katanya.

Bercerita lanjut wanita itu berkata, sejak kecil lagi dia sudah mengajar anaknya mengenai sentuhan yang tidak dibenarkan.

Takut lama-lama pandai raba tempat lain pula. Nauzubillah.

NETIZEN

"Saya selalu uji dia, kalau orang tak kenal pegang boleh tak? Dia boleh jawab dan saya pun pesan maklumkan kepada ibu atau gigit tangan.

"Dia tahu perkara itu. Tapi saya terkejut bila kejadian ini berlaku dan mungkin dia tak sedar," katanya.

Wanita itu memaklumkan dia sebenarnya trauma dengan perkara melibatkan pengasuh kerana sebelum ini juga pernah berdepan situasi menakutkan.

"Dulu masa mengandungkan dia dalam kandungan tujuh bulan, saya cari pengasuh, rupanya suaminya (pengasuh) kena tangkap sebab rogol anak sampai masuk TV (berita).

"Sebab tu saya memang trauma bila anak cakap macam ni," katanya.

Wanita akui trauma dengan pengasuh sejak mengandung. - Gambar hiasan

Wanita trauma dengan apa-apa perkara berkaitan pengasuh. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, katanya, dia berasa lega kerana dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian itu, pihak tadika lain sudi menerima kemasukan anaknya.

"Baiknya tadika tu dia cakap untuk anak saya, masuk kena bayar separuh daripada harga bulanan.

"Yuran tahunan boleh bayar dalam masa tiga bulan. Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada doa anda semua," katanya.

Sementara itu di ruangan komen, warga maya meminta wanita itu membuat laporan polis bagi mengelak kejadian sama berlaku kepada individu lain.

"Bual laporan polis, apa-apa hal ikut undang-undang. Buat perlindungan cepat.

"Mula-mula dia berani cium mulut anak orang. Takut lama-lama pandai raba tempat lain pula. Nauzubillah.

"Sebelum tu beritahu pengasuh tu anak dia buat apa kat anak awak. Geram pula baca," kata beberapa netizen.

Menjawab persoalan berkenaan, wanita itu memaklumkan dia akan menceritakan perkara ini kepada pengasuh terbabit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain