suria

Kasihan pengantin, hasrat tangguh buat majlis bertandang sebab tak cukup bajet ditolak... Keluarga tak setuju takut hilang seri

Bakal pengantin buntu dengan kehendak keluarga untuk majlis bertandang diadakan segera. -Gambar hiasan

MENGADAKAN majlis perkahwinan sememangnya memerlukan bajet, apatah lagi jika acara ingin diadakan secara besar-besaran.

Bagi seorang wanita yang merupakan bakal pengantin, dia kini buntu untuk memberitahu keluarga tentang hasrat dirinya dan bakal suami yang mahu menangguhkan penganjuran majlis bertandang di pihak pengantin lelaki.

Dalam perkongsiannya di media sosial, wanita ini berkata dia akan bernikah pada Jun, tetapi selepas membuat perkiraan bersama bakal suami, mereka berdepan kekangan bajet untuk mengadakan majlis bertandang.

Mengadakan majlis perkahwinan memerlukan belanja besar. -Gambar hiasan

"Macam mana nak yakinkan famili sebelah saya untuk nak tangguh sekejap majlis bertandang?

"Lepas buat kira-kira untuk masuk ke rumah baharu, barang keperluan dan untuk teruskan kehidupan (selepas berkahwin), bajet tu cukup-cukup saja kalau buat kenduri belah lelaki.

"Jadi kami takut nak jalani hidup selepas kahwin. Kami putuskan nak tunggu stabil dulu sekejap dalam enam hingga lapan bulan baru buat bertandang (majlis di pihak lelaki)," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin perempuan kasihan suami banyak belanja kahwin... Mentua tak keluar satu sen, tetap kemaruk duit ‘salam kaut’

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin rancang ‘salam kaut’ moden, lagi senang pamer kod QR depan pintu... Ramai bantah, anggap macam mengemis!

Namun, apa yang dirancang oleh mereka berdua tidak disenangi malah tidak dipersetujui oleh keluarganya.

Mereka memberi alasan, tempoh enam hingga lapan bulan yang dicadangkan adalah terlalu lama dan akan membuatkan pasangan ini 'hilang seri pengantin'.

Bagi wanita ini pula, keputusan untuk menangguhkan majlis bukanlah disengajakan tetapi lebih memikirkan kehidupan selepas perkahwinan lebih stabil serta tidak terbeban hutang.

Tak normal ke kalau jarak lama sangat untuk majlis bertandang?

BAKAL PENGANTIN

"Saya dah pernah cuba slow talk (berbincang) dengan famili tapi mereka tak nak. Katanya hilang seri pengantin kalau gap (jarak) lama sangat.

"Macam mana ya nak bincang balik. Tak normal ke kalau jarak lama sangat untuk majlis bertandang?" ujarnya lagi.

Perkongsian wanita ini meraih perhatian selepas diluahkan menerusi grup Tips Persiapan Kahwin di Facebook.

Komen netizen di Facebook.

Kebanyakan netizen memberikan pendapat mereka susulan masalah yang dihadapi pengadu seperti mana diharapkan.

"Lebih baik berterus terang saja dengan keluarga. Kalau tak boleh juga, mudah je... jangan buat apa-apa persiapan dan tak perlu buat tempahan.

"Selagi tak ada kad jemputan, selagi itu la tak ada undangan kan. Jadi kalau ada yang tanya mengenai tempahan sudah dibuat atau persediaan tu cakap je tengah tunggu bajet.

"Kalau tak dapat buat majlis pada tahun ini, mungkin boleh buat masa nak sambut ulang tahun perkahwinan nanti," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain