MAJLIS perkahwinan yang sempurna dan berjalan lancar seperti mana diharapkan oleh seorang pengantin perempuan musnah gara-gara dikhianati rakan sendiri.
Segala persiapan dan rancangan sudah siap dilakukan, namun wanita itu tidak menyangka rakannya yang sukarela mahu menjadi pengapit tergamak mencetuskan masalah.
"Nak kahwin hari tu, dia nak (minta) jadi pengapit aku. Aku tanya betul-betul untuk pastikan.
"Dia siap minta baju harga beratus untuk majlis aku... aku okay je," luah wanita itu menerusi satu hantaran di laman X.
Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan
Bukan sekadar dibelikan persalinan khas untuk 'bertugas' sebagai pengapit, katanya, rakannya itu juga hadir untuk sesi taklimat menjelang hari perkahwinannya.
Namun, dia tidak menyangka sesuatu yang buruk berlaku pada hari yang dinanti-nantikan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin perempuan kasihan suami banyak belanja kahwin... Mentua tak keluar satu sen, tetap kemaruk duit ‘salam kaut’
ARTIKEL BERKAITAN: Rancang majlis kahwin ala ‘open house’, wanita tak mahu naik pelamin... Paling penting tetamu dapat makan sedap!
"Dah brief semua bagai, lepas tu hari yang dinantikan tu dia tak datang. Atas sebab-sebab yang aku rasa itu memang kau punya salah.
"Dia cakap 'sorry' begitu je. Itu pun dia cakap guna WhatsApp sahaja. Padahal aku dah tanya banyak kali, boleh ke tidak. Dia sendiri yang nak," ujarnya.
Ni bukan kawan baik, Ni kawan yang ambil kesempatan.
WARGA MAYA
Sudahlah tidak muncul pada hari istimewa ketika dia bergelar 'raja sehari', wanita ini turut kesal apabila rakannya itu melaram baju khas yang dibelikan untuk menjadi pengapit.
"Dah selesai majlis aku, sekarang baju tu dah merata dia pakai pergi majlis kahwin orang lain la, makan malam la.
"Patut ke aku rasa sakit hati? Dah la aku beli beratus," katanya kesal.
Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan. -Gambar hiasan
Dia bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai pengapit pengganti serta punca sebenar rakannnya tidak muncul di majlis kahwin.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut dengan pendedahan pengantin perempuan itu yang menjadi mangsa khianat rakan sendiri.
Malah, mereka menyifatkan 'pengapit' itu tidak layak dianggap sebagai rakan kerana tergamak merosakkan perjalanan hari istimewa pengantin.
"Ni bukan kawan baik, Ni kawan yang ambil kesempatan.
"Ya, kau patut sakit hati dan patut putus kawan. Awak tak perlu kawan jenis macam tu dalam hidup awak.
"Hantar resit minta dia bayar duit baju," demikian antara komen warga maya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube