suria

Derita jadi bini muda lelaki berpangkat ‘atuk’... Terpaksa bersalin sendirian, kerja dalam tempoh berpantang

Wanita perlu berfikir berulang kali sebelum mengahwini lelaki berusia. -Gambar hiasan

MENJADI isteri kedua bukan mudah, kebanyakannya lebih banyak berduka berbanding mengecapi bahagia.

Lebih memeritkan apabila suami asyik menghilang kerana perkahwinan itu tidak diketahui isteri pertama.

Situasi memilukan inilah sedang dialami seorang wanita yang mengakui diabaikan suaminya sejak berkahwin beberapa tahun lalu.

Dia mendakwa, sejak bernikah dan memegang status isteri kedua, dia bukan sahaja tiada giliran bermalam tetapi nafkah juga diabaikan oleh suami.

Bukan semua wanita dapat menerima poligami.- Gambar hiasan

Bukan semua wanita dapat menerima poligami. -Gambar hiasan

"Nafkah makan minum saya sendiri tanggung. Rumah sewa, bil api dan air boleh dikatakan segalanya saya yang bayar.

"Masa mengandung dekat due pun suami tak pernah ambil tahu. Sakit nak bersalin pun, saya call ambulans sendiri," luahnya.

Tambahnya, sepanjang tempoh berpantang dia terpaksa keluar bekerja kerana perlu menyara diri sendiri dan anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayangkan suami minta nak poligami, isteri yakin tiada masalah hidup bermadu! Ramai suruh hadap dulu, baru sembang

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hidup miskin kahwin 2, tetap bahagia walau keadaan rumah daif! Sempat kongsi tip poligami

"Suami dah empat bulan senyap dan tak datang-datang.

"Saya dah fikir habis-habis nak mulakan hidup baharu dengan anak je lepas ni. Nak cerai apa yang patut," katanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang bertanya adakah dia memaafkan perbuatan lelaki berkenaan.

Selalu tipu cakap isteri dia sakit, nak kena beli ubat dan lampin.

ISTERI KEDUA

Wanita itu mendakwa suaminya sejak awal perkahwinan kerap berbohong terutama sekali membabitkan hal berkaitan kewangan.

"Selalu cakap tiada duit, masalah anak-anak dia pun beritahu kat saya. Yang paling sakit hati bab nafkah dah setahun tak bagi.

"Alasan dia nak bayar ansuran motosikal anak dia yang dah kahwin. Selalu tipu cakap isteri dia sakit, nak kena beli ubat dan lampin," katanya.

Wanita perlu berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan menjadi isteri kedua. - Gambar hiasan

Wanita perlu berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan menjadi isteri kedua. -Gambar hiasan

Selain itu, suaminya juga didakwa menipu apabila menyatakan dirinya sakit tetapi pada masa yang sama gemar memuat naik status di media sosial.

"Pergi ride OK pula, beli motosikal dan kereta baru ada pula duit. Suami pun bukan muda lagi, dah berumur nak masuk 60 tahun masih lagi menipu.

"Alasan tu dia guna supaya nak suruh saya kesian kat dia. Sebelum saya kahwin dengan dia, saya dah ada semua, kereta, motosikal, rumah je masih menyewa," katanya.

Sementara itu, warga maya menasihatkan wanita berkenaan membuat permohonan fasakh demi kebaikan diri serta anak kerana lelaki itu tiada sikap bertanggungjawab.

"Fail fasakh, tinggalkan lelaki tak guna tu, tu jalan terbaik, dia kahwin dengan kau sebab nak sedap lepas tu dia tinggal.

"Kau terkontang kanting seorang dengan benih dia. Jadi tinggalkan je, sampai masa cari laki baru untuk bagi anak kasih sayang seorang ayah," kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain