HATI wanita amat unik, boleh menjadi selembut-lembutnya atau juga sekeras-keras batu.
Mereka sangat prihatin serta ambil peduli tentang hal kecil yang sering dipandang remeh oleh suami.
Tidak hairanlah apabila suami mengabaikan perasaan isteri, mereka akan cepat menyedarinya malah ada yang membuat kesimpulan diri tidak lagi diperlukan oleh pasangan.
Itulah perasaan seorang wanita yang sedih dan berkecil hati dengan suaminya yang dianggap melebihkan orang luar berbanding keluarga sendiri.
Isteri hanya mahukan perhatian seorang suami. -Gambar hiasan
"Suami saya dengan isteri dan anak-anak bergambar senyum pun tak. Saya faham ada jenis lelaki yang bila bergambar tak senyum pun.
"Tapi suami saya dengan kawan-kawan perempuan kat tempat kerja, boleh bergambar senyum nampak gigi. Saya sedih, kecil hati," kongsinya di media sosial.
Walaupun sekadar isu senyum ketika bergambar, wanita itu mengakui hal itu tidak dianggap remeh oleh dirinya lebih-lebih lagi usia perkahwinan mereka sudah memasuki usia 19 tahun pada bulan ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami rajin layan kawan perempuan, siap videocall... Isteri terasa hati, sebulan tak ‘disentuh’ - “Lelaki normal boleh tahan ke?”
ARTIKEL BERKAITAN: Firasat isteri tepat, ada perempuan gatal cuba sondol suami di ofis... Baik lain macam, akhirnya luah rasa cinta
"Benda ni bukan remeh bagi saya, dah cakap pasal ni kat dia, tapi macam tu juga. Kecil hati, fikir dia tu suami je. Fikir kebaikan dia je," tambahnya.
Bagaimanapun menerusi hantaran berbeza, wanita itu memaklumkan isu berkaitan rakan-rakan perempuan di pejabat suami telah diselesaikan dan lelaki itu mula faham isi hatinya.
"Ni pasal tak senyum dalam gambar je. Dari komen-komen positif kat Thread ni, di masa depan saya just cakap 'sayang, senyum'," katanya.
Yang nampak ketawa dalam gambar tak semestinya dia happy. Kadang terpaksa sebab di tempat kerja.
NETIZEN
Menjengah ke ruangan komen, netizen mengakui terdapat individu yang sememangnya sukar mengukir senyuman kepada pasangan sendiri dan sebaiknya perkara itu dibincangkan.
"Memang ada orang, bila dengan pasangan susah betul nak senyum. Nak ajak borak susah, senyum susah, nak bergurau senda pun susah tapi dengan kawan berlainan jantina, bukan main lagi.
Reaksi netizen.
"Saya kalau bergambar dengan suami dah cakap, kalau nak bergambar dengan aku serius (muka) baik bergambar dengan biri-biri ja terus senyum macam kambing sampai telinga," kata warga maya.
"Yang nampak ketawa dalam gambar tak semestinya dia happy. Kadang terpaksa sebab di tempat kerja. Hakikatnya dia buat-buat happy saja. Jangan terlalu overthinking, nanti kita yang merana. Apa pun semoga baik-baik saja ya," demikian komen beberapa netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube