MENJELANG majlis perkahwinan, bakal pengantin pasti teruja dan tidak sabar untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Namun pengalaman pahit dilalui seorang wanita yang bakal berkahwin telah membuatkan hatinya ragu-ragu untuk meneruskan pernikahan, sebagaimana dikongsikan di Facebook.
Dia tidak mahu melayari kehidupan berumah tangga dalam suasana tidak harmoni, justeru berhasrat mahu memutuskan hubungan walaupun persiapan majlis kahwin sudah dibuat.
Bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat, dia lega apabila menyedari perubahan sikap tunangnya yang selama ini dianggap sebagai cinta sejati.
"Saya memang dah tak nak teruskan perkahwinan ini sebab dah nampak sisi baran dia teruk sangat, tengking siap 'pakej' cakap nak lempang saya apa semua.
Seorang wanita menderita kerana sikap tunangnya. -Gambar hiasan
"Saya sudah minta putuskan hubungan secara baik. Saya tak nak ada isu apa-apa antara kami. Kalau boleh sama-sama reda lepaskan satu sama lain," ujarnya.
Meskipun sudah berbincang dan memohon agar hubungan itu diakhiri dengan baik, tunangnya menolak dengan memberi alasan sudah mengeluarkan wang belanja RM20,000 untuk majlis yang bakal berlangsung.
Malah, disebabkan mahu meneruskan juga majlis, lelaki itu juga cuba untuk mencari wanita lain yang sudi menjadi pengantin perempuan.
"Dalam masa yang sama dia ada berhubung perempuan lain dekat Facebook konon nak cari pengganti saya. Dia marah sebab tak ada yang respons.
"Kami sudah sama-sama tawar hati jadi berat sangat ujian ni bagi saya sebab 'main' mental. Kami ada berjumpa dan bergaduh dalam kereta. Dia tengking saya sepanjang kami berbincang.
ARTIKEL BERKAITAN: Encik tunang anak mak, kuat mengadu kalahkan perempuan! Gadis ini makan hati asyik kena maki, netizen kata petanda ‘red flag’
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami suka maki hamun, wanita akui geram sampai nak putuskan pertunangan - “Level dua pukul, tinggalkan je sebelum terlambat”
"Saya sempat rakam semua tu sebab memang nak ada bukti untuk bagitahu famili saya atas sebab apa saya tak nak teruskan," luahnya lagi.
Tambahnya, dia sememangnya mahu mengakhiri hubungan apatah lagi mengenangkan sikap tunangnya yang terlalu beremosi dan menganggap mereka tidak sekufu pemikiran dan tidak saling memahami.
"Kalau la dia setuju untuk putus cara baik kan senang. Sudah boleh selesai. Sekarang saya serabut sangat dengan keadaan. Sepanjang perbincangan kami dia tak bagi saya bercakap. Selebihnya tengking.
"Saya cuma nak minta putus secara baik. Dulu tunang kata kalau jadi jadi apa-apa dia tak nak minta balik tapi sekarang lain cerita.
Allah dah tunjuk sebelum kahwin. Lebih baik kalau boleh jangan teruskan.
NETIZEN
"Apa-apa barang dia yang ada dekat saya dia nak minta balik semua kalau saya betul-betul nak putus. Saya tak kisah nak bagi balik tapi saya kecewa sebab menyesal jumpa orang macam dia dalam hidup," jelasnya.
Nekad untuk membebaskan dirinya daripada menjalani perkahwinan toksik, wanita ini cuba untuk mendapatkan sokongan dan pertolongan keluarga.
Katanya, langkah terakhirnya adalah menunjukkan bukti rakaman video ketika lelaki ini menengking dirinya.
Perkongsiannya ini meraih pelbagai pendapat warga maya dan ada juga yang membantunya mencari jalan penyelesaian seperti yang diharapkan.
Komen netizen di Facebook.
"Buat apa jumpa lagi? Nak pisah, biar ibu bapa uruskanlah memandangkan tunang je. Nanti bagi je semua benda balik.
"Dik, ni nak pesan akak kau sudah terlanjur kahwin dengan dia kau dah tak rupa manusia dik. Allah dah tunjuk sebelum kahwin. Lebih baik kalau boleh jangan teruskan.
"Lebih baik awak jangan teruskan dengan encik tunang sebab awak hidup seumur hidup sekali. Takut kesihatan mental awak bertahan demi anak. Baik awak rugi sekarang daripada menyesal selamanya," komen beberapa netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube