MENGHITUNG hari menjelang bahagia untuk bergelar seorang isteri tentunya mendebarkan.
Banyak persediaan perlu dilakukan, bukan sekadar menerima bakal suami seadanya tetapi juga menyambut baik keluarganya.
Namun bagi seorang wanita berusia 20-an, dia dalam dilema untuk berkahwin selepas mengikat tali pertunangan dengan seorang duda yang mempunyai anak.
Bukan status duda yang menjadi masalah, sebaliknya sikap bakal mentua yang sering mengungkit tentang bekas isteri kepada tunangnya.
Seorang lelaki memikirkan tentang hala tujunya. -Gambar hiasan
"Sejak kebelakangan ini, aku mula rasa tidak selesa kerana bakal mak mentua sering membebel tentang perangai bekas isteri tunangku.
"Dia juga kerap menyebut kisah lama yang kurang baik di hadapanku," luahnya menerusi satu hantaran di Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN: Mentua suka banding wajah, siapa lebih comel... Menantu terpaksa ‘sound’, asyik suruh picit hidung cucu baru lahir nak bagi mancung
ARTIKEL BERKAITAN: Menantu terkejut gaya hidup mentua! Setiap hari bangun lewat, tengah hari baru keluar bilik... 'Bising' kalau tak sedia sarapan
Bercerita lanjut katanya, ketika ini terdapat dua situasi yang timbul dalam dirinya.
"Pertama, aku tidak suka mendengar dia memperkatakan keburukan bekas menantu itu. Aku tahu sebab perpisahan mereka.
"Sebagai bakal menantu, aku terfikir. Jika dia boleh bercakap begitu tentang bekas menantu, adakah aku juga akan diperlakukan sama jika ada kesilapan di masa depan?" ujarnya.
Seram hadap masa depan. Fikirlah untung dan rugi kamu.
WARGA MAYA
Baginya, tindakan bakal ibu mentua yang berterusan menyebut nama bekas menantu itu amat menjengkelkan sedangkan dia adalah wanita yang bakal menjadi isteri kepada anaknya.
"Tidakkah yang lepas itu boleh dibiarkan berlalu? Bukankah adalah lebih baik memberi fokus kepada hubungan baharu ini tanpa membandingkan masa lalu?" soalnya.
Seorang wanita berkomunikasi dengan keluarganya. -Gambar hiasan
Dalam pada itu, dia tampil menjelaskan bahawa hubungannya dengan tunang pada awalnya diatur oleh kedua-dua keluarga.
Ketika itu juga dia pada mulanya melihat bakal ibu mentuanya sebagai wanita yang baik dan begitu disenangi.
"Namun, setelah mengenalinya lebih mendalam, aku sedar mulutnya kadang kala agak menyakitkan hati walaupun niatnya mungkin tidak begitu.
"Aku tertanya-tanya, adakah perasaan aku ini salah, atau patutkah aku bersangka baik sahaja?" katanya yang buntu memikirkan sama ada ibu mentuanya itu akan menjadi halangan dan cabaran sebaik dia dan tunang bergelar suami isteri.
Menerusi ruangan komen, luahan wanita itu ternyata mengejutkan rata-rata netizen yang mempersoalkan kewajaran sikap ibu mentuanya itu.
"Itu sudah 'red flag'.
"Pergi selagi boleh. Seram wei hadap masa depan. Fikirlah untung dan rugi kamu sebab kamu yang akan hadap," komen beberapa netizen.