suria

Pemilik kedai fotostat pelik tengok borang imigresen, terus nasihat pemuda nak nikah warga asing - “Lihatlah pada al-Quran”

Pelbagai pengajaran hidup boleh diambil apabila kita berbaik sesama manusia. -Gambar hiasan (kiri)

SEKECIL-kecil tindakan adakalanya boleh membawa kepada satu perubahan besar dan bermakna.

Memberikan nasihat atau sokongan emosi misalnya, ia mungkin boleh menjadi penguat semangat dan titik permulaan untuk seseorang itu berubah.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang lelaki berkongsi pengalaman yang membuatkan hatinya tersentuh ketika singgah di sebuah kedai fotokopi.

Mereka yang sudah berusia pastinya lebih banyak pengalaman. -Gambar hiasan

Menurut lelaki berkenaan, dia ke situ untuk membuat salinan borang rasmi Jabatan Imigresen Malaysia bagi memenuhi salah satu syarat perkahwinan dengan bakal isterinya yang merupakan warga asing.

"Saya bawa borang dari imigresen ni untuk pasangan yang juga tunang saya sekarang. Tengah saya berurusan, pemilik kedai percetakan bertanya tentang borang itu dan juga tunang saya, dia menyapa saya bagi memulakan perbualan.

"Kami bersembang tentang tunang saya berasal dari mana dan beberapa perkara lain. Menariknya, apabila tiba masa untuk saya membuat pembayaran, pemilik itu menolak wang saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nikah wanita mualaf cuma baik di depan, langgan pelacur masa isteri dalam pantang - “Dia tak nak sakitkan aku”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mualaf dicurangi! Suami kerja offshore kantoi mengaku duda, dapat je cuti balik rumah janda anak 3

"Dia cakap dua perkara ini kepada saya yang meninggalkan kesan mendalam.. Saya tak akan ambil duit ini, saya cuma mahu urusan kamu untuk berkahwin nanti dipermudahkan," katanya menceritakan semula mengenai pertemuan mereka.

Perkara kedua yang diucapkannya pula menyentuh tentang ajaran Islam.

"Kemudian ini pesanan terakhirnya... Jika pasangan kamu itu sedang mempelajari tentang Islam, jangan hanya bagi dia (bakal isteri) tengok orang Muslim, sebaliknya lihatlah pada al-Quran kerana kita manusia tidak sempurna," imbasnya.

Tambah lelaki itu, berdasarkan pertemuan singkat dan nasihat yang diberikan, dia menyifatkan pemilik kedai percetakan tersebut sebagai seorang yang 'otai'.

Bukan mudah untuk kita membimbing mualaf, harus berpandukan al-Quran supaya dapat menunjukkan nilai Islam yang sebenar.

WARGA MAYA

"Dia memang orang lama yang penuh dengan pengalaman dan ilmu," ujarnya.

Melewati ruangan komen, warga maya mendoakan supaya segala urusan untuk lelaki itu membina 'masjid' dipermudahkan.

Pelayar bertukar pandangan.

"Alhamdulillah, orang yang niatnya baik mesti akan berjumpa dengan orang baik. Semoga rumah tangga ini dapat dijadikan jalan dakwah untuk menambah lagi bilangan umat Islam.

"Nasihat yang terakhir tu paling makan dalam, bukan mudah untuk kita membimbing mualaf, harus berpandukan al-Quran supaya dapat menunjukkan nilai Islam yang sebenar.

"Didoakan agar keluarga kecil saudara berkekalan hingga ke Jannah," kata beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain