suria

Tuah wanita lanjut usia... Ada lelaki berkenan sanggup jumpa hari-hari sampai ajak kahwin, sayangnya suami orang

Setiap individu mengimpikan kehidupan bersama pasangan pilihan hati. -Gambar hiasan

BEKERJA dalam bidang khidmat pelanggan membuatkan seseorang itu sentiasa berdepan dengan pelbagai ragam dan gelagat manusia.

Begitulah apa yang dilalui seorang wanita berusia 40 tahun, yang menceritakan tentang dirinya bertemu dengan pelanggan setiap hari.

Dalam satu hantaran di laman sosial, dia turut mendedahkan dirinya masih bujang walaupun pada usia 'empat siri'.

"Saya pernah couple, bercinta tapi dah putus. Teman lelaki muda daripada saya.

"Dia mungkin akan dapat orang yang lagi muda dan lebih baik," katanya di Facebook.

Seorang wanita memikirkan hala tujunya dalam hidup. -Gambar hiasan

Tanpa mendedahkan nama dan lokasi tempat kerja, dia bercerita tentang salah seorang pelanggan lelaki yang cuba mendekatinya untuk berkenalan.

"Saya bekerja di kaunter tiket yang hari-hari akan bertemu dengan pelanggan. Hari-hari akan ada seorang pelanggan datang bersembang dengan saya.

"Bila dah lama-lama, dia ajak saya kahwin," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku sondol sampai naik pelamin” - Geng isteri kedua nafi jadi perosak perkahwinan, katanya suami orang yang mula dulu!

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu akan dibenci” - Pengantin perempuan buat pengakuan, orang ketiga punca tak muncul majlis kahwin!

Wanita itu berkata, walaupun lelaki itu mampu dari segi kewangan, namun dia sudah mendirikan rumah tangga.

Enggan menjadi isteri kedua, dia terpaksa menolak lamaran lelaki berkenaan.

Saya dah tolak, tapi dia tetap pujuk.

WANITA

"Dia sudah berkahwin, jadi saya memang tak nak. Saya dah tolak, tapi dia tetap pujuk. Saya memang berdoa semoga saya tak ada kaitan dengan dia.

"Saya dah boleh terima yang saya mungkin tak berjodoh di dunia ni. Selepas putus dengan boyfriend, saya dah malas nak bercinta dengan umur saya yang dah tua ni," jelasnya.

Lelaki yang sudah berkahwin menjalankan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. -Gambar hiasan

Bagi wanita itu, keutamaan ketika ini adalah membahagiakan dirinya dengan melakukan apa saja aktiviti menggembirakan termasuk melancong.

"Tapi saya ni seorang yang tak ramai kawan. Ada ajak kawan-kawan, tapi biasalah masa susah baru mereka ingat kita.

"Teringin nak bergerak seorang, tapi mak ayah tak bagi. Nak keluar tengok wayang pun mereka tak kasi, jenis control sikit. Kalau keluar kena pulang sebelum Maghrib.

"Saya faham mereka risau kalau terjadi apa-apa. Tapi entahlah, kadang-kadang terfikir kenapa nasib saya tak macam orang lain. Mereka gembira je," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain