suria

Wanita berniqab enggan berhias, nak nikah ‘simple’... Keluarga mahu majlis meriah ikut adat, pengantin kena menari

Seorang wanita berniqab buntu menjelang majlis pernikahan. -Gambar hiasan

KESEMPURNAAN dan kemeriahan majlis perkahwinan sering menjadi keutamaan bagi setiap individu yang mahu mendirikan rumah tangga.

Berbeza pula seorang wanita ini yang meluahkan hasrat untuk melangsungkan pernikahan secara sederhana mengikut syarat asas dalam Islam.

Bagaimanapun, hasrat untuk menjadi pengantin tidak berhias dan mengadakan upacara akad nikah secara kecil-kecilan bercanggah dengan kehendak keluarga besar dan saudara mara lain yang amat berpegang kepada adat.

Wanita enggan mengadakan majlis perkahwinan dengan acara hiburan. -Gambar hiasan

Menerusi satu posting di laman sosial, wanita ini berkata dia kini memakai niqab dan sudah lima tahun tidak mendedahkan wajah di media sosial.

"Saya nak nikah ikut syariat Islam sepenuhnya. Maksudnya, saya tak nak hadir waktu akad nikah tapi cuma duduk dalam bilik dengan baju pengantin yang simple.

"Tak mahu bersanding, tak mahu make up dan tak mahu orang ambil gambar saya," ujarnya yang membuat luahan di grup Tips Persiapan Kahwin di Facebook.

Namun begitu, apa yang membuatkan dia buntu apabila keluarga besarnya tidak bersetuju memandangkan mereka sangat berpegang teguh kepada adat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tak tabah memang boleh melenting, wanita ini cool jawab soalan ‘pelik-pelik’ tentang niqab - “Malaysia pun ada habuk, bau asap rokok”

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tak tabah memang boleh melenting, wanita ini cool jawab soalan ‘pelik-pelik’ tentang niqab - “Malaysia pun ada habuk, bau asap rokok”

Bagi mereka, majlis perkahwinan tanpa persandingan dan hiburan dianggap ‘tidak lengkap’.

"Ibu bapa saya Alhamdulillah setuju dengan cara saya. Tapi saya risau keluarga besar tak suka dengan cara saya nak nikah nanti," tambahnya lagi.

Berdasarkan penjelasan di ruangan komen, wanita ini berkata dia adalah suku kaum Bajau, Sabah dan mengikut adat, pengantin perlu menari dengan pasangan untuk mendapatkan duit salam kaut.

Menjawab komen netizen bahawa dia wajib hadir semasa majlis nikah, wanita itu berkata dia tidak keberatan untuk berbuat demikian.

Akad nikah kena pergi la. Rukun nikah kan kena ada pengantin perempuan.

NETIZEN

"Kalau ada waktu nikah untuk tanda tangan borang tu saya boleh lagi. Yang tak bolehnya, adat famili saya ni. Pengantin kena menari tarian adat dengan pasangan.

"Bagi bangsa saya, itu ibarat salam kaut. Pengantin menari, tetamu bagi duit. Saya tak nak macam tu," ujarnya menjelaskan apa yang terbuku di hati.

Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet apabila ada yang menyokong keputusannya untuk mengutamakan syariat berbanding adat.

Komen netizen di Facebook.

Sementara itu, ada juga yang mencadangkan agar dia berbincang dengan keluarga besar secara berhemah untuk mencari jalan penyelesaian.

"Akad nikah kena pergi la. Rukun nikah kan kena ada pengantin perempuan. Bagi saya, kahwin cuma sekali. Ambil gambar untuk kenangan kita je.

"Majlis pun sekadar lepas nikah. Bagi la makanan untuk keluarga bakal suami saja. Pakai la purdah macam biasa. Tak payah berhias. Apa salahnya melayan tetamu," ujar seorang netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain