suria

Doa tak baik untuk rakan mulut celupar, wanita bimbang jadi asbab sampai sekarang diri tak hamil-hamil

Seorang wanita terasa hati dengan kata-kata seorang rakan. -Gambar hiasan

BAGI kebanyakan wanita yang bergelar isteri, cabaran terbesar mereka adalah menunggu rezeki zuriat.

Dalam masyarakat kita, sukar mendapat zuriat sering dianggap satu topik sensitif yang mana jika tersilap dalam berkata-kata ia boleh mengguris hati wanita yang sedang berharap untuk hamil .

Seorang wanita yang sedang melalui fasa Trying to Conceive (TTC) mengakui amat terkesan dengan ungkapan 'pedas' seorang rakan sehingga dia tidak mampu memadamnya dari ingatan.

Setiap wanita pasti mempunyai keinginan memiliki zuriat sendiri. -Gambar hiasan

“Ada orang cakap dekat saya, tak ada anak, buat cara tak ada anak. Sampai hari ni saya tak maafkan dia," ujarnya menceritakan pengalaman di TikTok.

Tambahnya, kata-kata itu bukan sekadar menyentuh emosinya malah dia juga berasa tidak layak dihormati hanya kerana belum dikurniakan zuriat.

Terkesan dengan kata-kata itu, dia mengakui telah menitipkan doa supaya individu terbabit yang tidak didedahkan identitinya merasai kesakitan yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Pejuang TTC dah tak mampu sabar... ‘Dihujani’ petua dapat zuriat selepas nyata kesanggupan terima bayi luar nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu masa TTC bukan main akrab, selalu luah perasaan... Dah ada 4 anak wanita terus tak balas mesej sahabat, hamil pun nak sorok

Bagaimanapun, timbul rasa bimbang dalam diri wanita ini sekiranya doa tersebut menjadi punca dia sukar hamil seterusnya mendapatkan cahaya mata.

"Saya doakan supaya dia tak ada anak baharu selagi tak minta maaf dengan saya. Susah sangat saya nak maafkan.

"Sebab itu ke doa saya untuk dapat anak pun masih tergantung? Macam mana la nak hilangkan rasa sakit hati ni," keluhnya lagi.

Hantaran tersebut mendapat perhatian selepas dikongsikan di platform TikTok dengan ramai tertanya-tanya punca rakannya mengeluarkan kata-kata seperti itu.

Buang je orang tu dalam hidup awak sis. Tak perlu ada.

NETIZEN

Dia mendakwa, individu berkenaan berkata sedemikian kerana kurang senang melihat dia mesra melayan anaknya.

"Dia bangga sangat sebab ada anak. Padahal saya layan anak dia macam anak sendiri.

"Tapi disebabkan dia sakit hati, sanggup dia cakap macam tu dekat saya," katanya menjawab persoalan warga maya.

Dalam pada itu, ramai menasihati wanita ini agar memaafkan individu tersebut untuk kebaikan dirinya sendiri.

Komen netizen di TikTok.

"Itulah sifat manusia yang pelbagai dan macam-macam cik. Maafkan je. Kita tak rugi apa pun. Saya pun kena perkara sama. Apa-apa pun ingat Allah dah buat segalanya. Sabar ya.

"Buang je orang tu dalam hidup awak sis. Tak perlu ada. Pasal anak ni, rezeki. Ada la tu perancangan Allah untuk kita yang tak ada anak ni.

"Kalau nak bagi, insya-Allah dia bagi. Allah lebih tahu. Pujuk hati tu dengan istighfar," beberapa netizen memberikan nasihat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain