suria

Tak teruja terima hadiah set cawan, pinggan mangkuk! Wanita minta bagi benda lain, harga bawah RM10 pun OK

Set cawan atau pinggan mangkuk sering dijadikan hadiah. - Gambar hiasan

PERASAAN ketika membuka bungkusan hadiah yang diterima tentunya penuh dengan debaran, keterujaan dan rasa gembira.

Kebiasaannya, hadiah diberikan kepada individu yang menyambut hari lahir, pasangan pengantin baharu atau jika seseorang itu menempa kejayaan.

Namun, sebenarnya bukan semua pemberian atau hadiah itu akan mengundang rasa gembira si penerima walaupun ia diberi secara ikhlas.

Malam perkahwinan biasanya melibatkan acara membuka hadiah. - Gambar hiasan

Acara buka hadiah biasanya dibuat selepas majlis kahwin. -Gambar hiasan

"Maaf cakap, saya paling tak suka kalau dapat hadiah cawan, gelas, pinggan dan mangkuk. Banyak lagi benda lain boleh bagi.

"Korang kalau nak bagi hadiah kahwin ke, pertukaran hadiah ke tolong la jangan bagi hadiah ni dekat orang," luah seorang wanita.

Menurut wanita itu, dia sendiri tidak akan menghadiahkan peralatan tersebut kepada rakan-rakan kerana sedar ia sudah tentu terlalu banyak di rumah mereka.

Dia berkata sebegitu dengan mengambil kira situasi di rumahnya sendiri yang penuh dengan set cawan, gelas dan pinggan mangkuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan bagi pisau sebagai hadiah kahwin, wanita gelabah konon ada buat dosa... Rupanya taktik jengkel jual barang

ARTIKEL BERKAITAN: Kad kahwin digital makin canggih! Tetamu diundang boleh terus tekan link beli hadiah... Pengantin pun gembira dapat barang diperlukan

"Saya tak suka sebab dah terlalu banyak dapat, sampai tiada tempat nak simpan. Itu belum lagi yang turun temurun dari keluarga.

"Sebab pinggan mangkuk ni jarang pecah. Lebih baik dapat hadiah gunting ke, pisau ke, raga ke," katanya.

Tambahnya lagi, dia bukan seorang yang mementingkan hadiah mahal sebaliknya memberitahu lebih gembira diberi hadiah berharga bawah RM10, asalkan si pemberi kreatif memilih.

Masa kahwin dulu memang tak beli pinggan. Pinggan yang orang bagi tu la saya guna. Jimat duit.

NETIZEN

Dalam hantarannya, dia turut bertanya kepada netizen sama ada mereka suka atau tidak mendapat hadiah peralatan dapur.

Bagaimanapun, warga maya memberikan reaksi berbeza dengan ada yang menyokong pandangan wanita itu dan ada pula sebaliknya.

"Hadiah kahwin saya 23 tahun lepas banyak juga dapat set pinggan, gelas. Ada pinggan hadiah masih diguna pakai sehingga sekarang.

"Saya kalau bagi orang hadiah pun tak suka bagi pinggan mangkuk.

Reaksi netizen

Reaksi netizen

"Saya suka. Masa nak kahwin dulu memang saja tak beli pinggan. Pinggan yang orang bagi tu la saya guna. Jimat duit," komen beberapa netizen.

Dalam pada itu ada juga yang meminta supaya dia bersyukur dan menerima pemberian orang lain dengan hati terbuka.

"OK je, dah orang bagi kita terima, rezeki kan. Dah dapat kalau tak nak, bagi je pada adik beradik ke, mak ayah ke.

"Bajet mereka setakat tu saja dik, hargailah usaha si pemberi.

"I suka, apa-apa hadiah orang bagi I suka dan akan gunakan sepenuhnya sebab I nak pemberi tu dapat pahala setiap kali I guna hadiah dia," kata beberapa lagi netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain