KEAJAIBAN yang berlaku dalam kehidupan boleh membuatkan seseorang itu lebih mempercayai kewujudan Yang Maha Esa.
Khususnya bagi mereka yang sedang mendekati Islam kerana pegangan dan kefahaman mereka masih belum kukuh untuk menghayati aspek kerohanian dalam agama.
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita yang berkecimpung dalam bidang perubatan berkongsi kisah menginspirasikan.
Nikmat kesihatan adalah paling berharga dalam hidup ini. -Gambar hiasan
Wanita berkenaan menceritakan bagaimana seorang individu itu memeluk Islam selepas diberi kesembuhan daripada penyakit.
"Saya terdengar kisah ini melalui radio. Seorang mualaf cerita bagaimana dia boleh tertarik dengan Islam. Menurut mualaf itu, sebelum timbul minat untuk menganut agama ini, dia ditimpa musibah.
"Insiden itu menyebabkan dia lumpuh selama tiga bulan. Pada suatu hari, ketika dia melayari Facebook, dia terjumpa hantaran yang mengesyorkan doa Nabi Yunus, kalau dalam rumi... La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami hilang ingatan, hidup terlantar macam bayi... Wanita ini ralat, hanya mampu mengadu pada Allah dari jauh harap keajaiban
ARTIKEL BERKAITAN: Kuih tak laku tiba-tiba habis diborong, peniaga bazar akui keajaiban amalan selepas Subuh dan Asar
"Jadi individu tersebut membaca doa Nabi Yunus ini sebanyak 500 kali sehari dengan penuh yakin, waktu itu dia belum masuk Islam lagi.
"Alhamdulillah tidak lama selepas dia mengamalkan doa itu, satu persatu berita baik mengenai keadaan kesihatannya mula datang, sehingga dia akhirnya sembuh sepenuhnya. MasyaAllah, hebat sekali," kata wanita itu kagum.
Sedikit latar belakang mengenai doa Nabi Yunus, ia dibaca ketika peristiwa baginda ditelan ke dalam perut ikan nun, sewaktu itu hanya zikir ini yang dipanjatkan kepada Tuhan sebagai pengharapan untuk diselamatkan.
Walaupun berada pada titik terendah dalam kehidupan, jangan sesekali berputus asa dengan Tuhan.
WARGA MAYA
Setelah diselubungi kegelapan yang tiada penghujungnya, dengan izin Allah, Nabi Yunus akhirnya didamparkan di sekitar pantai sebuah pulau oleh ikan nun tersebut.
Memetik ayat 87 dalam Surah al-Anbiya, berikut merupakan maksud doa Nabi Yunus:
"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
Allah SWT sebaik-baik tempat untuk bergantung harap. -Gambar hiasan
Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat bemuhasabah diri supaya tidak lalai daripada mensyukuri nikmat Tuhan.
"Banyak benda yang kalau kita perhatikan dalam hidup ni, ia adalah kurniaan daripada Tuhan, cuma mungkin kita tak sedar atau terlepas pandang.
"Walaupun berada pada titik terendah dalam kehidupan, jangan sesekali berputus asa dengan Tuhan," demikian kata pelayar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube